PEMAIN KL City FC, Zhafri Yahya dipanggil menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya menggantikan Darren Lok yang disahkan positif Covid-19.
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, Zhafri, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia, akan menggantikan penyerang PJ City FC itu bagi saingan Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura minggu depan.
"Darren pada hari pertama latihan semalam hadir untuk melapor diri namun didapati positif selepas ujian RTK (Kit Ujian Pantas Antigen) yang dibuat dan disahkan sekali lagi menerusi ujian RT PCR (Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction) yang keputusannya diperoleh pagi ini.
"Walaupun Darren berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya serta menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah," katanya menerusi kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram