BINTANG Sabah FC, Saddil Ramdani semakin menyerlah apabila prestasinya bertambah baik dengan menyumbangkan gol untuk pasukan itu sewaktu menentang Petaling Jaya City pada Rabu lalu.
Malah, dalam satu wawawancara, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee juga memuji bintang Indonesia itu dan menggelarnya sebagai salah seorang pemain terbaik Asia Tenggara.
Namun, pemain berusia 22 tahun itu tidak pernah terbuai dengan pujian dari jaringan yang dihasilkan tetapi baginya sesiapa pun menjaringkan gol tidak penting kerana pasukan meraih kemenangan lebih utama.
"Mencetak dan ada yang tidak mencetak. Yang penting pasukan ini menang sesuai dengani target (sasaran) yang disampaikan oleh jurulatih, intruksi (arahan) jurulatih dan taktikal jurulatih. Itu yang paling penting.
"Selamat ya Sabah. Moga Sabah seterusnya boleh meraih kemenangan. Semoga harinya Sabah.
"Insya-ALLAH saya akan selalu fight," katanya menerusi perkongsian video dari kelab penyokong Sabah FC.
VIDEO kata-kata semangat Saddil Ramdani untuk Sabah FC.
Sebagai bintang yang disayangi penyokong Sabah FC, Ramdani ternyata tidak mengecewakan skuad The Rhinos apabila menyumbang lima gol dan lima bantuan gol sepanjang beraksi dalam 38 perlawanan bersama kelab itu sebelum musim baharu ini.
Untuk musim ini, Saddil menyumbangkan satu gol dalam menentang PJ City Fc dan beraksi semasa perlawanan menentang Negeri Sembilan FC dan Respect FC untuk Piala FA 2022.
Terdahulu, dalam satu temubual bersama ESPN Asia, Kim Swee berkata, kualiti yang ada pada pemain berusia 22 tahun itu meletakkannya sebaris dengan bintang Asia Tenggara seperti pemain Thailand, Chanatip Songkrasin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram