PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertekad tidak akan terlibat lagi dalam dunia bola sepak sekiranya pasukannya tewas di tangan KL City FC pada Sabtu.
JDT bakal melayan kunjungan KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim bagi merebut Piala Sumbangsih dalam perlawanan yang dijadualkan pada 9 malam.
"Jikalau kalah esok saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa apa aktiviti bola sepak dalam negara,” menurut komen Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu di ruangan Instagram rasmi JDT pada Jumaat.
Beliau turut berpesan kepada orang ramai supaya menangkap layar komennya untuk dijadikan bahan bukti.
Kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu adalah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 November tahun lalu yang berpihak kepada KL City FC 2-0. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram