'FAM, MFL dan kelab lain akan hilang dana kewangan jika JDT kalah malam ini'


  • Podium
  • Sabtu, 26 Feb 2022

JDT bakal melayan kunjungan KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim bagi merebut Piala Sumbangsih malam ini. — Facebook/MFL

KENYATAAN pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat menimbulkan tanda tanya warganet di media sosial khususnya peminat tegar bola sepak tanah air.

Terdahulu, Tunku Ismail di ruangan komen Instagram rasmi JDT berkata, beliau tidak akan terlibat lagi dalam dunia bola sepak sekiranya pasukannya tewas di tangan Kuala Lumpur City FC dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) pada Sabtu.

Dalam pada itu, bagi pengguna Facebook, Zuraimi Zukri di hantarannya berpendapat, kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan nilai perlawanan Piala Sumbangsih susulan ramai peminat yang ingin tahu pengakhiran dari kata-kata baginda.

nezkorner

TANGKAP layar hantaran dari pengguna Facebook, Zuraimi Zukri

Baginya, berdasarkan kepada kenyataan TMJ, pastinya kali ini JDT akan turun dengan misi 'hidup atau mati' dan ia merupakan satu cabaran paling kuat diberikan kepada pemainnya.

"Tidak kira atas apa sebab. Bukan sahaja Benjamin Mora akan mengikut jejak langkah TMJ jika keputusan buruk berlaku.

"Malah, ia akan menjejaskan banyak pihak yang terlibat secara langsung dengan bola sepak Malaysia.

"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan beberapa kelab akan hilang tempat untuk mendapatkan bantuan pinjaman kewangan semudah RHB Bank," dakwanya.

Menurutnya, JDT merupakan kelab yang kuat kerana semua sedia maklum pasukan Harimau Selatan itu antara kelab yang terbaik di Asia Tenggara dari sudut fasiliti, kewangan, reputasi pemain, saiz skuad dan pengaruhnya.

Bahkan, beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan pada Sabtu pastinya memberi kelebihan kepada JDT dengan kekuatan dari 90 peratus penyokongnya.

"Menjelang perlawanan MFL telah menjawab tentang gelanggang dan agihan tiket.

"Katanya sebagai penganjur mereka tidak mahu masuk campur, pandailah mereka bincang dan tiada komen.

"JDT menang dalam semua aspek. Tidak ada satu kelebihan buat KL City FC kecuali dengan semangatnya sahaja.

"Tempoh hari KLC menang kerana kejayaannya dalam disiplin taktikal. Menyerap segala serangan lawan dan menggunakan peluang terhad," ujarnya.

Dia turut menjangkakan kemenangan 5 - 0 akan berpihak kepada JDT pada Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada malam Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bola Sepak, FAM, KL City FC, JDT, TMJ, Piala Sumbangsih, MFL