KELINCAHAN pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi terus mencuri tumpuan para peminat bola sepak negara sewaktu perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada Sabtu lalu.
Hantaran bijaknya kepada Nazmi Faiz Mansor menghasilkan gol pertama JDT pada perlawanan berkenaan.
Susulan prestasi cemerlangnya, banyak pihak mahu pemain berusia 19 tahun itu bermain di luar negara.
Bagi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan itu sedia melepaskan Arif Aiman asalkan sesebuah kelab tersebut mempunyai sistem dan jurulatih yang baik.
"Mana-mana liga okay. Asalkan ada jurulatih dan sistem yang boleh improve dia.
"Tak semestinya main luar negara saja bagus. Hadi Fayyadh dan Luqman apa cerita?
"Bila main national team perform? So is not about liga mana dia main. Is about system," katanya menerusi komen di laman Instagram.
Susulan itu, seorang pengguna Facebook, Teo Kui Yung berkongsi pandangannya tentang kenyataan Tunku Ismail.
"Saya setuju dengan TMJ (Tengku Mahkota Johor), sebab memang betul cakap TMJ.
"Tidak semestinya pemain Malaysia main luar negara saja bagus.
"Kalau Luqman? Berapa gol dia score. Tiada, dia belum ada jaringan untuk skuad kebangsaan tapi dia ada juga gol bantuan.
"Lagipun Guilherme De Paula banyak bermain daripada Luqman. Bagus juga untuk Luqman, ada juga satu kali dia main untuk KV Kortrijk dalam pertandingan sebenar.
"Sekarang dia banyak bermain di Liga Bawah 21 Tahun (B-21).
"Hadi Fayyadh yang saya tahu, boleh jugalah dia cakap Bahasa Jepun. Kalau dia bagus, kenapa dia tidak dipanggil ke dalam skuad kebangsaan?" katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram