Sathianathan ambil alih tugas Elavarasan


  • Podium
  • Jumaat, 25 Feb 2022

KALI terakhir Sathianathan menjadi ketua jurulatih adalah ketika bersama Selangor pada 2020. — SHAHRIL ROSLI/The Star

SARAWAK United pada Khamis mengumumkan ketua jurulatih, E Elavarasan meninggalkan kelab itu selepas dua tahun mengendalikan pasukan.

Elavarasan, yang mengendalikan Sarawak United sejak 2020, secara rasminya dilantik sebagai pembantu ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon pada Rabu.

Jurulatih berusia 60 tahun itu berkata, beliau berterima kasih kepada Sarawak United yang sudi melepaskannya bagi mencurahkan khidmatnya bersama skuad kebangsaan.

Susulan itu, Sarawak United dijangka akan mengumumkan pelantikan B Sathianathan sebagai ketua jurulatih kelab itu sehingga akhir musim ini.

Sathianathan kini sedang memegang jawatan pengarah teknikal di kelab itu, jawatan yang disandangnya sejak tahun lalu.

Kali terakhir beliau menjadi ketua jurulatih adalah ketika bersama Selangor pada 2020.

Sarawak United akan memulakan aksi Liga Super pada 4 Mac depan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Sarawak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram