'Format baharu AFC hanya akan jahanamkan bakat muda'


  • Podium
  • Jumaat, 25 Feb 2022

JDT dan Kedah antara pasukan yang bakal bertanding pada kejohanan AFC musim ini. — Bernama

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) secara rasminya mengumumkan bahawa kuota pemain import bagi kejohanan Piala AFC serta Liga Juara-Juara Asia akan dinaikkan bermula musim ini.

Berbanding kuota 3+1 (tiga import bebas dan satu import Asia) yang diguna pakai selama ini, AFC kini akan membenarkan sehingga lima import bebas serta seorang daripada negara Asia.

Sebahagian peminat bola sepak tempatan memberi reaksi kurang senang berhubung undang-undang baharu yang dikeluarkan AFC itu.

Salah seorang pengguna Facebook dalam ruangan komen Malayantigerfans, Bola Bulat berpendapat bahawa tindakan AFC itu akan membantutkan perkembangan bakat-bakat muda kerana peluang untuk beraksi yang semakin terhad.

"Mampuslah begitu bakat muda. Patutnya kejohanan macam inilah kurangkan import supaya bakat-bakat tempatan boleh beraksi di pentas tinggi," katanya.

Malayan Tigers

Ihsan Facebook Malayantigerfans.

Ada juga yang berpendapat bahawa peraturan baharu itu akan menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar undang-undang berkaitan pemain import.

"Siaplah undang-undang FAM kena paksa tukar kouta import pula lepas ni," komen Is Mohammad.

"Undang-undang baharu FAM tidak lama lagi," kata Fikry Irkif.

​​​​​​Tiga kelab Malaysia yang akan membawa cabaran negara dalam kedua-dua kejohanan itu adalah Johor Darul Takzim (JDT) yang bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia serta Kedah Darul Aman FC dan KL City FC (Piala AFC).

Kejohanan Liga Juara-Juara Asia bakal membuka tirai pada 7 April depan manakala Piala AFC akan memulakan saingan pada pada 18 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram