'RM10 juta: Kenapa FAM, bukan BAM?'


BOLA sepak negara tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. — Facebook FAM

KERAJAAN baru-baru ini memberikan sumbangan dana sebanyak RM10 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi tujuan pembangunan bola sepak negara.

Susulan itu, para penyokong bola sepak negara mempertikaikan sumbangan dana sebesar itu kepada FAM walhal tiada kejayaan dikecapi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dana itu akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pembangunan akar umbi, futsal, Liga Malaysia (Liga-M) dan bola sepak wanita.

Namun, persoalan turut timbul dalam kalangan para peminat tentang kewajaran memberikan sumbangan itu kepada FAM dan bukannya persatuan sukan lain di negara ini.

"Kenapa FAM dapat dana RM10 juta tapi bukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)?

"Nak kata popular, tapi hasil pula tidak ke mana. Jangan kata Piala Dunia, bayang-bayang Piala Asia pun masih samar.

"Daripada membazirkan duit, baik laburkan untuk pembangunan sukan badminton yang lagi cemerlang," kata pengguna Facebook, HarimauMalaya.

Screenshot 2022-02-21 202533

ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook

Kritikan itu turut mendapat pandangan yang sama daripada warganet lain.

"Memang betul. Ramai lagi bakat baharu yang belum dicungkil terutamanya pemain-pemain Bumiputera.

"Kalaulah bajet tinggi yang diperuntukkan untuk sukan badminton, pastinya lebih ramai pemain berprestasi tinggi dapat dihasilkan," ujar pengguna Facebook, Tan Chee Kong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram