EMPAT bintang Manchester United dilaporkan tidak lagi mengikuti Mason Greenwood di laman sosial Instragram selepas pemain muda itu terkait kes rogol.
Greenwood sudah boleh mula berkira-kira untuk melupakan karier bola sepaknya apabila didakwa mendera dan memukul kekasihnya, Harriet Robson yang memuat naik gambar kecederaan yang dialami menerusi laman sosialnya.
Selain gambar, Robson turut menyiarkan rakaman suara Greenwood yang mengugut untuk menyerangnya.
Antara kecederaan yang dialami model berusia 22 tahun itu termasuk luka di bahagian mulut, lebam di lengan dan kaki.
Manchester United dalam satu kenyataan berkata perkara itu masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan karier Greenwood akan berakhir jika didapati melakukan perkara tersebut.
Ekoran kes tersebut, Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani, David de Gea dan Alex Telles 'meninggalkan' Instagram Greenwood.
De Gea dan Telles turut tidak lagi mengikut Greenwood di Twitter. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram