CMG lancarkan lagu 'Marilah Menuju Jaya', semarak semangat olimpik


  • Podium
  • Rabu, 26 Jan 2022

SUKAN Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 akan dirasmikan di Beijing pada 4 Februari dan 4 Mac nanti. — Agensi

SEMPENA 10 hari sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Kumpulan Media China(CMG) melancarkan lagu dan video muzik bertajuk ‘Marilah Menuju Jaya,’ pada Selasa.

Lagu yang diilhamkan dari versi asal 'Together For A Shared Future' yang membawa maksud ‘Bersama ke Arah Masa Depan yang Dikongsi’ itu dinyanyikan secara bersama oleh juruacara CMG, Liang Liang (Husna Liang), dan penyanyi dari Malaysia, Jeryl Lee.

Husna pernah tular di media sosial Malaysia pada Mac 2020 selepas memuat naik tip berkaitan penjagaan kesihatan ketika pandemik Covid-19, turut menzahirkan penghargaan kepada CMG atas peluang tersebut.

Beliau juga meluahkan rasa gembira kerana dapat berkolaborasi dengan penyanyi profesional dari Malaysia untuk mempersembahkan lagu tersebut.

Pemuzik Malaysia, Ong Peng Chu yang diundang bekerjasama dengan CMG dalam menghasilkan lagu dan video muzik ini memberitahu, Marilah Menuju Jaya memaparkan dan menyemarakkan semangat Olimpik, bersesuaian dengan slogan temasya kali ini iaitu "Together For A Shared Future".

Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 akan dirasmikan di Beijing pada 4 Februari dan 4 Mac nanti.

Para atlet dari seluruh dunia akan beraksi dan merebut pingat emas dalam 109 acara bagi tujuh kategori. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

lagu, Olimpik, China, CMG, Ong Peng Chu