Apek akhirnya bersuara isu tunggakan gaji


  • Podium
  • Rabu, 12 Jan 2022

APEK menyertai skuad Sabah FC pada musim 2022.

PENJAGA gol baharu Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat berharap isu berkaitan tunggakan gaji bekas kelabnya, Melaka United FC akan dapat diselesaikan segera.

Isu terbabit timbul selepas pendedahan beberapa pemain Melaka United yang menuntut gaji mereka pada musim lepas dilunaskan segera.

Perkembangan itu disahkan oleh Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) apabila mereka mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menyatakan solidariti kepada para pemain Skuad Utama Melaka United FC dan juga Pemain Skuad Piala Presiden Melaka United FC.

Mereka mengesahkan tunggakan gaji yang melibatkan pemain Skuad Utama adalah sebanyak 3 bulan dan tunggakan bagi Skuad Piala Presiden adalah sebanyak 2 bulan setengah.

“PFA Malaysia telah pun menghantar Notis Tuntutan kepada pengurusan Melaka United dan menggesa agar tunggakan dilunaskan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2022.

Mengulas lanjut isu itu, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, turut mengesahkan kelab lamanya itu berhutang gaji tiga bulan kepadanya.

"Kami juga tidak mendapat bonus beberapa perlawanan.

"Setakat ini, tiada kata putus bila mereka akan menyelesaikannya.

"Jawapan yang kami terima (sebelum ini) mungkin malam ini, esok, lusa atau minggu depan... kini sudah tiga bulan (gaji tertunggak)," kata penjaga gol berusia 33 tahun itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram