MANCHESTER United dilaporkan menawarkan Paul Pogba sebagai pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Difahamkan tawaran itu bertujuan untuk mengekalkan pemain asal Perancis itu di kelab berkenaan.
Pogba merupakan salah seorang daripada beberapa pemain Man United yang kontraknya tamat pada musim panas dan dikatakan dia setakat ini tidak menunjukkan keinginan untuk melanjutkan tempohnya di Old Trafford.
Pemain tengah itu dikaitkan dengan beberapa kelab terbesar Eropah, termasuk bekas kelabnya, Juventus dan perpindahan kembali ke Perancis bersama Paris Saint-Germain dan Real Madrid
Bagaimanapun lapor media tempatan, Man United sedang menyediakan tawaran besar untuk memujuknya supaya kekal bersama Red Devils.
Katanya, kelab itu bersedia menawarkan dia gaji pokok £400,000 seminggu (RM2.28 juta), dengan tambahan yang berkemungkinan membawanya kepada angka setengah juta pound (RM 2.85 juta). Ia dianggap £100,000 (RM570,258) lebih daripada mana-mana tawaran yang mungkin diterimanya sebelum ini.
Pogba kini dibenarkan bercakap dengan kelab lain di luar England untuk menandatangani pra-kontrak, dengan perjanjian semasa pemain berusia 28 tahun itu hanya tinggal kurang daripada enam bulan lagi.
Dia beraksi di bawah ketua jurulatih sementara Ralf Rangnick, setelah diketepikan kerana kecederaan hamstring yang dialaminya pada Oktober.
Dikhabarkan juga, Pogba bukan satu-satunya pemain Man United yang bakal mengakhiri kontrak dengan kelab itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram