Klopp terlepas aksi Chelsea, Liverpool enggan tunda perlawanan


  • Podium
  • Sabtu, 01 Jan 2022

KLOPP terlepas aksi getir menentang Chelsea pada pagi Isnin. — Reuters

JURGEN Klopp bakal terlepas aksi Liverpool menentang Chelsea pada pagi Isnin selepas disyaki positif Covid-19.

Pengurus The Reds itu dilaporkan mengalami simptom sederhana dan berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun Klopp perlu menjalani pengasingan dan tidak akan ke London bagi menguruskan Liverpool menentang Chelsea.

Penolong pengurus Pep Lijnders akan mengambil alih pasukan itu buat sementara.

Selain Klopp, tiga lagi staf jurulatih Liverpool disahkan positif Covid-19 manakala tiga lagi pemain juga mengalami nasib sama ketika menentang Leicester City pada Selasa lalu.

Bagaimanapun Liverpool memilih tidak menamakan individu yang disahkan positif wabak itu menjelang pertemuan di Stamford Bridge.

Walaupun berdepan penularan virus itu, Liverpool tidak meminta penangguhan perlawanan.

Sebanyak 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris ditundah dalam tempoh tiga minggu lalu termasuk Liverpool menentang Leeds United apabila pasukan kendalian Marcelo Bielsa gagal menamakan 14 pemain utamannya yang dijangkiti wabak itu.

Buat masa ini, Liverpool memiliki skuad yang cukup menentang Chelsea. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram