Lima kejadian ketika Liverpool dimalukan Leicester


  • Podium
  • Rabu, 29 Dis 2021

LIVERPOOL dimalukan Leicester City pada perlawanan EPL awal pagi tadi. — Getty Images

LIVERPOOL mengalami kekalahan luar biasa apabila ditewaskan Leicester City 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) disebabkan kesilapan Sadio Mane dan Mohamed Salah di King Power Stadium awal pagi tadi.

Ini merupakan pertemuan kedua skuad kendalian Jurgen Klopp berdepan Leicester dalam tempoh enam hari setelah menang menerusi penentuan sepakan penalti dalam suku akhir Piala Liga Carabao yang dramatik pada 22 Disember.

Berikut merupakan lima insiden yang berlaku ketika pertemuan antara Liverpool dan anak-anak buah Brendan Rodgers awal pagi tadi:

Salah membuat kesilapan yang jarang berlaku

Liverpool mendapat peluang keemasan seawal pada minit ke-14 apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohamed Salah dikasari Wilfred Ndidi.

Namun, Salah gagal menyempurnakan sepakan penalti itu.

Ia adalah usaha yang sia-sia kerana sepakan Salah berjaya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Rembatan susulan Salah selepas itu juga tidak berjaya menembusi gawang Leicester.

Sadio Mane gagal menyempurnakan peluang terhidang

Separuh masa pertama berakhir dengan skor tanpa jaringan daripada kedua dua pasukan.

Liverpool mencipta peluang pada minit ke-55 namun Sadio Mane gagal menyempurnakan peluang keemasan itu.

Van Dijk kembali ke tahap cemerlang

Virgil van Dijk kelihatan semakin pulih dari kecederaannya.

Sebelum separuh masa berakhir, Van Dijk berjaya menghalang gol daripada penyerang paling berbahaya lawan, Jamie Vardy.

Virgil Van Dijk turut menerima hantaran di dalam kotak penalti tetapi rembatannya ditepis oleh Kasper Schmeichel.

Ia sesuatu yang mengecewakan apabila Liverpool gagal membawa pulang tiga mata biarpun Van Dijk kembali ke tahap terbaiknya.

Klopp pilih Oxlade-Chamberlain berbanding Thiago

Ia adalah satu tamparan buat peminat fanatik The Reds untuk melihat Thiago tidak berada di bangku simpanan setelah Klopp mengesahkan bahawa pemain tengah itu mengalami kecederaan sehari selepas kembali dari tempoh pengasingan.

Kecederaan pemain Sepanyol itu telah memberi peluang kepada Alex Oxlade-Chamberlain untuk bermain bersama Naby Keita apabila kedua-dua pemain itu cemerlang dalam aksi Piala Liga Carabao tempoh hari.

Namun, impak yang diletuskan kedua-dua pemain itu tidak seperti yang diharapkan dalam pertemuan kali ini.

Tsimikas cemerlang di bek kiri

Kostas Tsimikas telah memenangi hati peminat Liverpool musim ini apabila disebut-sebut sebagai pengganti Andy Robertson pada masa depan.

Dia kelihatan cemerlang menentang Leicester dan ia merupakan detik bertahan yang benar-benar menarik perhatian.

Kira-kira enam minit memasuki separuh masa kedua, Leicester tiba-tiba menukar rentak dan keadaan kelihatan amat berbahaya.

Namun, Tsimikas berjaya membaca rentak permainan yang bahaya itu dengan merantai Vardy sepanjang perlawanan.

Percubaan tonggak tuan rumah, Kiernan Dewsbury-Hall juga berjaya ditampan dengan sempurna oleh pemain Greece itu.

Impak Tsimikas adalah momen yang menonjol, namun dibayangi kekecewaan Liverpool yang gagal membawa pulang tiga mata berharga.

Dengan kekalahan itu, skuad kendalian Klopp yang mengutip 41 mata kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu EPL, Manchester City. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram