Liverpool minat Saka


  • Podium
  • Khamis, 30 Dis 2021

SAKA (kiri) kini berada dalam radar Liverpool. — Agensi

TIMBUL laporan bahawa Liverpool berminat mendapatkan bintang muda Arsenal, Bukayo Saka sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada Januari depan.

Pemain berusia 20 tahun itu berada dalam prestasi terbaik musim ini apabila mencetak enam gol dan empat bantuan hantaran (assist) dalam 21 penampilan.

Prestasi cemerlangnya musim lalu membantu Saka berada dalam kesebelasan utama skuad England kendalian Gareth Southgate semasa kejohanan Euro 2020.

Penganalisis sukan, Ian McGarry memberitahu The Transfer Window Podcast bahawa Liverpool berminat dengan Saka dan dia cukup sesuai untuk skuad kendalian Jurgen Klopp.

“Liverpool dijangka menjual sekurang-kurangnya dua penyerang, jadi Saka adalah seorang pemain yang sesuai dengan gaya Liverpool," katanya.

McGarry berkata, perbincangan sedang dijalankan untuk mengekalkan Saka di Arsenal tetapi pemain itu dan ejennya mungkin berminat untuk berpindah ke Liverpool.

“Saya difahamkan terdapat perbincangan dengan ejen Saka berhubung lanjutan kontrak di Arsenal.

“Cuma, Liverpool akan menyediakan peluang dan platform untuk Saka bersaing di peringkat tertinggi, jadi saya diberitahu Saka dan ejennya sangat berminat jika dilamar Liverpool," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

saka, arsenal, liverpool, klopp, ian mcgarry,