BELUM pun selesai memuktamadkan isu kontrak bintang Liverpool, Mohamad Salah, Jurgen Klopp semakin pening kepala apabila seorang lagi pemainnya menuntut kenaikan gaji.
Salah masih belum menandatangani kontrak baharu bersama The Reds apabila menuntut gaji 500,000 pound (RM2.5 juta) seminggu.
Kontrak bintang Mesir itu akan tamat pada Jun 2023 dan kini cemerlang beraksi bersama Liverpool.
Terbaharu, Sadio Mane juga dilaporkan mahu kenaikan gaji agar setimpal dengan sumbangnya terhadap kelab.
Mane hanya berbaki 18 bulan kontrak di Anfield dan mahu menyambung kariernya di Liverpool jika syaratnya dipenuhi.
Bagaimanapun tidak didedahkan jumlah tuntutan yang dikemukakan Mane tetapi berkemungkinan tidak jauh beza dengan Salah.
Pemilik kelab Liverpool, FSG perlu membuat keputusan dalam tempoh beberapa bulan akan datang atau berisiko kehilangan Mane dan Salah.
Mane setakat ini sudah menyumbang tujuh gol bersama The Reds dalam 12 penampilan di Liga Perdana Inggeris. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram