WALAUPUN barisan serangan Liverpool dibarisi bakat besar sepertiu Roberto Firmino, Mohamad Salah, Sadio Mane dan Diogo Jota, tetapi Jurgen Klopp ternyata mahu mengasah lagi jentera hadapan skuadnya itu.
Keputusan seri 2-2 dengan Brighton & Hove Albion pada Sabtu lalu ternyata memberi petanda kepada Klopp bahawa bahagian penyudah The Reds perlu diperkemaskan lagi.
Klopp dilaporkan menggesa Liverpool untuk mendapatkan khidmat dua pemain muda sebagai pelan jangka panjang menggantikan Mane, Salah dan Firmino dengan purata usia 29 tahun bagi ketiga-tiga pemain ini.
Dua penyerang itu adalah Harvey Barnes dari Leicester City dan Luka KJovid dari Real Madrid yang masing-masing baru berusia 23 tahun.
Barnes tampil dengan aksi cemerlang bersama Leicester sehingga menyaksikan dia mendapat tempat dalam skuad England pada Oktober 2020 menentang Wales.
Namun kecederaan yang dialaminya melenyapkan harapannya untuk beraksi dalam skuad Euro 2020 England pada tahun ini.
Kini Barnes kembali dengan tahap kecergasan yang lebih baik bersama Leicester pada musim baharu liga, dan sekali lagi menempatkan dirinya sebagai kesebelasan utama skuad kendalian Brendan Rodgers.
Klopp mengakui dia peminat Barnes selepas Liverpool tewas 1-3 kepada Leicester pada musim lalu.
"Barnes merupakan satu daripada bakat besar dan merupakan antara produk terbaik Leicester," katanya.
Sementara itu, Jovic pula menjadi sasaran Klopp selepas pemain penyerang itu gagal menyerlah selepas berpindah ke Real Madrid.
Dia pernah menarik perhatian kelab besar Eropah apabila melakar 27 gol dalam 48 perlawanan bersama Eintracht Frankfurt.
Namun dia gagal mengulangi aksi terbaiknya itu apabila sekadar menjaringkan dua gol bersama Los Blancos dan terpaksa dipinjamkan Frankfurt pada musim lepas.
Pemain kelahiran Serbia itu dikatakan mahu berpindah selepas gagal menembus peluang dalam kesebelasan utama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram