Liverpool kenal pasti pengganti Salah


  • Podium
  • Jumaat, 24 Dis 2021

LIVERPOOL akan kehilangan khidmat Salah pada Januari depan. — Reuters

MENJELANG Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Liverpool akan kehilangan khidmat tiga pemain utamanya, Mohamed salah, Sadio Mane dan Naby Keita yang akan bermain untuk kejohanan itu.

Berita baiknya, Salah dibenarkan menyertai AFCON lewat sedikit selepas perlawanan getir menentang Chelsea pada 2 Januari.

Tetapi ia belum cukup untuk memastikan Liverpool mampu menggalas cabaran mengharungi baki perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini tanpa khidmat tiga pemain tersebut.

Keadaan ini memaksa Jurgen Klopp untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan itu buat sementara.

Antara pemain yang menjadi sasaran termasuk penyerang Porto FC, Luis Diaz yang menjadi sasaran utama Klopp.

Menurut pemerhati sukan, Duncan Castles, Liverpool mempunyai bajet besar untuk mencari penyerang baharu.

"Mereka sedia untuk melabur pada Januari depan jika mengenal pasti pemain yang sesuai dan Luis Diaz antara pemain yang menjadi sasaran mereka.

"Tetapi sukar mendapatkan penyerang itu pada Januari ini kerana Porto tidak akan menjualnya pada pertengahan musim.

"Dia amat penting buat kelab Portugal itu dan penyokong pasti tidak gembira kerana mereka mahu memenangi Liga Portugal," katanya.

Liverpool berkemungkinan dapat membeli Diaz sekiranya membayar yuran perpindahan termasuk klausa pelepasan penuh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mohamed Salah, Liverpool, Luis Diaz