United letak syarat lepaskan Pogba


  • Podium
  • Jumaat, 24 Dis 2021

POGBA masih belum bermain sejak United tewas 0-5 kepada Liverpool.

MASA depan Paul Pogba bersama Manchester United nampaknya masih samar dan tiada kata putus sama ada pemain perancang itu akan kekal atau tidak.

Bintang Perancis itu kini berbaki enam bulan kontrak bersama Red Devils dan berkemungkinan ada meninggalkan kelab secara percuma jika kontraknya tidak disambung.

Bermula 1 Januari depan, Pogba boleh berunding dengan mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmatkan secara percuma.

Antara kelab yang berminat mendapatkannya termasuk Paris Saint-Germain,Real Madrid, Barcelona, dan Juventus.

Namun pengurus sementara United, Ralf Rangnick menjangkakan Pogba tidak akan membincangkan masa depannya sehingga tempoh kontraknya tamat.

Malah difahamkan, Rangnick meletakkan syarat iaitu dia tidak akan mempertimbangkan mana-mana tawaran melainkan Pogba sendiri mahu meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.

Pogba masih belum bermain sejak United tewas 0-5 kepada Liverpool.

Lebih malang lagi, pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan pangkal paha ketika beraksi bersama Perancis.

Di bawah Rangnick juga, Pogba masih belum mendapat peluang untuk memulihkan kembali prestasinya dan mendapat kepercayaan jurulatih Jerman itu.

"Saya tidak katakan tidak berbaloi untuk mengekalkannya, tetapi pemain sendiri yang tahu sama ada mereka mahu kekal dan bermain untuk kelab," kata Rangnick. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram