Tak 'sebulu' dengan Rangnick, Rashford setuju sertai Barcelona


  • Podium
  • Ahad, 19 Dis 2021

RASHFORD dikatakan sudah bersetuju menyertai Barcelona kerana sukar mendapat kepercayaan Rangnick musim ini. — Getty Images

BINTANG Manchester United, Marcus Rashford dikatakan hanya menunggu masa menuju ke Barcelona.

Kelab gergasi La Liga itu sedang mencari penyerang baharu untuk menggantikan Sergio Aguero, yang terpaksa bersara kerana sakit jantung, sekali gus membangkitkan semula spekulasi Rashford ke Nou Camp.

Manchester United tampil tanpa kehadiran Rashford pada minggu-minggu awal musim ini apabila pemain antarabangsa England itu menjalani pembedahan bahu.

Dia pada mulanya kembali mempamerkan sentuhan berbisa apabila menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan pertamanya di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Namun, Rashford bergelut untuk menemui prestasi sebenar selepas itu.

Pemain berusia 24 tahun itu kini telah mengharungi lapan perlawanan tanpa jaringan, selain dikatakan sukar mendapat kepercayaan pengurus interim Man United, Ralf Rangnick.

Kini, akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo mendakwa penyerang itu sudah bersetuju menyertai Barcelona ketika mereka ingin memburu pengganti Aguero sebaik jendela perpindahan pemain dibuka semula pada Januari. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram