Penang FC buat 'kerja gila' mahu ganti Tomas


  • Podium
  • Sabtu, 04 Dis 2021

TOMAS bakal masih mempunyai peranan dalam Penang FC jika kekal bersama skuad itu. — Facebook Penang FC

PENANG FC menamatkan kempen Liga Super dengan cemerlang pada musim 2021 di kedudukan ketiga liga di belakang JDT dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Dalam 22 perlawanan, Tomas Trucha cemerlang mengemudi anak buahnya melakar 12 kemenangan selain seri dan kalah lima kali.

Bagaimanapun, berita kurang enak dalam kalangan penyokong skuad Haria Penang Haria apabila dilaporkan jurulatih kelahiran Republik Czech itu tidak lagi memimpin pasukan utara tersebut.

Menurut laporan, tempat Tomas akan digantikan dengan bekas jurulatih Perak dan Kuala Lumpur Chong Yee Fatt.

Bagaimanapun, Tomas masih mempunyai peranan dalam Penang FC apabila bakal diberi tugas sebagai Pengarah Teknikal jika bersetuju kekal bersama skuad itu.

Yee Fatt tidak mempunyai pengalaman luas sebagai ketua jurulatih sebaliknya pernah menjadi pembantu jurulatih untuk Perak tetapi pernah sekali mengemudi DRB-Hicom pada 2015 hingga 2018.

Penang Jurulatih

Spekulasi yang mengatakan tempat Tomas akan digantikan dengan Yee Fatt.

Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah Teknikal untuk Kuala Lumpur City bagi tempoh 2019 hingga 2020 sebelum menjadi ketua jurulatih Perak pada musim 2021.

Perkara yang membimbangkan penyokong adalah pencapain Yee Fatt bersama Perak FC yang menyaksikan skuad The Bos Gaurus itu tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan.

Sepanjang mengendalikan Perak FC, jurulatih itu hanya sempat menguruskan 16 perlawanan sebelum 'direhatkan' oleh pihak pengurusan pada awal Ogos lalu dan tempatnya digantikan sementara oleh Shahril Nizam yang merupakan penolong ketua jurulatih.

Reaksi

Antara reaksi penyokong Penang FC terhadap spekulasi tersebut.

Yee Fatt hanya membantu Perak FC mengutip 13 mata daripada 16 perlawanan dan menyaksikan Perak menduduki tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan.

Pastinya penyokong Penang FC tidak mahu momentum yang diperoleh sepanjang musim cemerlang pada 2021 terencat dengan perubahan yang berlaku di peringkat pengurusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram