Sah! Ada cubaan bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang


  • 112
  • Rabu, 01 Dis 2021

TANGKAP layar kejadian seorang lelaki yang melakukan cubaan membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. — Facebook

VIDEO tular dimuat naik ke laman TikTok yang memaparkan seorang lelaki melakukan cubaan membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang disahkan benar.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang mengesahkan menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 3.4 lorong jambatan arah George Town, Pulau Pinang kira-kira jam 3.45 petang Selasa.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kapten Abd Razak Mohamed berkata, operasi mencari dan menyelamat segera dilaksanakan manakala lelaki itu, yang diselamatkan oleh nelayan tempatan diserahkan kepada kapal APMM dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa dibawa ke jeti Batu Uban sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mengalami masalah boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental di talian 03-2935 9935 atau 014-322 3392; Talian Cinta di 15999 atau 019-261 5999; Pusat Jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di

talian 0111-959 8214; dan Befrienders Kuala Lumpur di 03-7627 2929 atau lawati laman web befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk senarai penuh nombor di seluruh negara dan waktu operasi, atau e-mel [email protected]. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram