Tak dipanggil bergambar selepas aksi JDT — KL City, Shahidan terkilan?


  • Podium
  • Rabu, 01 Dis 2021

KEMENANGAN KL City FC dalam final Piala Malaysia pada malam Selasa. — The Star

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan terkilan apabila namanya tidak dipanggil oleh pengacara untuk turun ke padang ketika sesi bergambar selepas perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa.

Sesi bergambar itu dilakukan selepas kemenangan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Johor Darul Takzim (JDT).

"Semalam saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion (juara). Tahniah.

"Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya. SOKAY," katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Turut hadir pada Piala Malaysia itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang sempat menjulang piala di padang bagi meraikan kemenangan itu bersama skuad KL City FC.

Sebelum ini, KL City FC memusnahkan harapan JDT meraih kejuaraan treble pada musim ini selepas menundukkan gergasi selatan tanah air itu 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa.

Geli hati dengan kenyataan Shahidan, rata-rata netizen memberi respons nakal, sebati dengan tugas mereka sebagai keyboard warrior.

template (12)

SEBAHAGIAN daripada respons nakal netizen ke atas Shahidan.

Pengguna Facebook, Sawal Shaari secara sinis berkata, pengacara tersebut kononnya tidak harus bertindak sedemikian.

"Pengacara itu harus sedar, ini Shahidan Kassim orang yang paling disayangi oleh ahli Umno dan seluruh rakyat Malaysia.

"Kedatangan beliau sepatutnya diumum sehari sebelum perlawanan di semua media, hampar karpet merah, bunyi trumpet, koir, pancaragam, silap mata, pertunjukan bunga api semua tu kena ada. Basic. Tapi dilayannya Datuk macam tu? Sokay datuk. Bersabarlah," katanya berseloroh.

template (11)

KOMEN netizen di laman Facebook berhubung kenyataan Shahidan.

Mohd Khairulanam yang kononnya menenangkan keadaan tampil menasihati Shahidan untuk menganggap promosinya sebagai Menteri Wilayah tidak berjaya.

"Mungkin, perlu diperbanyakkan lagi ucapan tahniah atas lantikan Menteri Wilayah di semua skrin iklan seluruh KL. lepas ni Datuk up ucapan tahniah pula,mana tahu mereka baru sedar Datuk Menteri Wilayah mereka," katanya sinis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram