TATKALA ramai yang dilihat bersorak sakan termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor apabila Johor Darul Takzim (JDT) gagal mempertahankan trofi Piala Malaysia sebaik ditewaskan KL City di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, lain pula ceritanya dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini kerana, pemilik JDT itu kekal tenang dan segera memberikan respons ringkas apabila sempat memuat naik status InstaStory di laman media sosial Instagram peribadi baginda dengan ucapan tahniah terhadap Kuala Lumpur City Football Club (KLC).
"Congratulations KLCityFootball," tulis Tunku Mahkota Johor (TMJ) atas kejayaan KLC mendakap trofi Piala Malaysia kali ini.
Terdahulu, JDT gagal mempertahankan trofi Piala Malaysia sebaik ditewaskan KLC dengan keputusan 0-2 di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Kemenangan KLC juga disifatkan sebagai hadiah persaraan buat Shukor Adan yang mengambil keputusan untuk bersara musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram