PASUKAN Kuala Lumpur City FC (KL City) memusnahkan harapan Johor Darul Takzim (JDT) meraih kejuaraan treble pada musim ini selepas menundukkan gergasi selatan tanah air itu 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa.
Pada aksi perlawanan akhir di hadapan lebih 20,000 penyokong kedua-dua pasukan itu, gol jaringan KL City dicetak oleh Zhafri Yahya dan Poulo Josue pada minit ke-65 dan 74.
Kemenangan itu turut menamatkan penantian selama 32 tahun KL City dalam saingan Piala Malaysia.
Selain itu, kemenangan berkenaan turut disambut gembira oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bersama-sama menonton aksi perlawanan akhir tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Tahniah juga kepada Bojan Hodak (pengurus KL City) dan seluruh anggota pasukan KL City FC atas kemenangan yang penuh bermakna ini," ujar Shahidan menerusi hantarannya di Facebook pada Rabu.
Susulan kejayaan membanggakan itu, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen Facebook Shahidan bagi meminta beliau mengumumkan cuti peristiwa atau khas untuk warga Kuala Lumpur.
ANTARA komen warganet di Facebook. — Facebook Shahidan Kassim
Shahidan belum memberikan respons berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram