Sanggup berbogel jika JDT tewas Piala Malaysia, penyokong fanatik gagal lunas janji sebab sudah pakai alat bantuan pernafasan


  • Tular
  • Rabu, 01 Dis 2021

GAMBAR terkini lelaki tersebut (kanan) yang mendakwa tidak dapat mengotakan janjinya kerana kini sesak nafas. — Twitter

PADA Selasa, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki mahu melakukan satu cabaran sekiranya JDT ditewaskan KL City FC di pentas akhir Piala Malaysia 2021.

Cabaran yang mahu dilakukan oleh lelaki itu jika JDT tewas, dia sanggup berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor.

Namun perlawanan pada Selasa itu menyaksikan pasukan yang disokongnya tumpas.

Maka menderulah komen yang menuntut supaya lelaki itu menunaikan janjinya sebelum ini selepas JDT tewas.

Namun, gambar terbaharu yang dikongsi di Twitter memaparkan lelaki berkenaan kini tidak dapat menunaikan janjinya kerana mengalami sesak nafas.

sesak nafas

GAMBAR tular yang menyaksikan lelaki itu kini menggunakan alat bantuan pernafasan. — Twitter

Memang lucu tetapi itulah, menerusi video berkenaan pun umum sudah tahu bahawa itu tidak lebih sekadar hanyalah gurauan yang dipertontonkan kepada umum.

Namun, janganlah kita menjadi seperti 'pembaris' dengan mempercayai sahaja apa yang diluahkan warganet tanpa memikir kesannya dari segi undang-undang.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan respons lelaki terbabit berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, JDT, TFC, Piala Malaysia, Sukan, Bola Sepak, Twitter