JDT kalah, MB Kedah tumpang gembira


  • Podium
  • Selasa, 30 Nov 2021

MUHAMMAD Sanusi sebelum ini saling berbalas asakan bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial. — Facebook

JDT yang tewas, MB Kedah yang gembira. Begitulah reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor apabila Johor Darul Takzim (JDT) gagal mempertahankan trofi Piala Malaysia apabila ditewaskan KL City di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau dilihat sempat memuat naik status di Facebooknya yang berbunyi: "Tahniah KL City, saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira." sejurus selepas aksi final berakhir yang berkesudahan JDT tewas 0-2.

mbkedah1

STATUS Muhammad Sanusi malam tadi

Sebelum ini, platform media sosial hangat dengan sindiran pedas di antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Muhammad Sanusi selepas isu pembayaran gaji pemain KDA FC dibangkitkan oleh Tunku Ismail.

Kedua-dua figura itu saling berbalas asakan di media sosial terutamanya ketika pertembungan antara Kedah dan JDT di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021 sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sanusi, kedah, jdt, tunku ismail, jdt,