JDT tewas final Piala Malaysia, Johor cuti ke tak cuti esok?


  • Podium
  • Selasa, 30 Nov 2021

SAFAWI Rasid (kanan) gagal membantu JDT menjulang Piala Malaysia edisi ke-100 kali ini. — Facebook/Johor Southern Tigers

SATU Johor kini tertanya-tanya sama ada kerajaan negeri masih mengisytiharkan Selasa sebagai cuti khas peristiwa ataupun tidak, rentetan kekalahan Johor Darul Takzim (JDT) yang gagal mempertahankan trofi Piala Malaysia sebaik ditewaskan Kuala Lumpur City FC (KLC) dengan keputusan 0-2 di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Sebelum ini pada 27 November, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, jika JDT mendapat kejayaan memenangi Piala Malaysia edisi ke-100 itu, seluruh negeri Johor cuti sehari pada 1 Disember.

Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa itu adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Namun, rata-rata rakyat Johor mendesak supaya cuti peristiwa itu tetap diberikan bagi menghargai penyokong setia yang sanggup ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada aksi final di depan lebih 20,000 penyokong kedua-dua pasukan itu, gol jaringan KLC dicetak oleh Zhafri Yahya dan Poulo Josue pada minit ke-65 dan 74. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JDT, KLC, Piala Malaysia, Cuti, Hasni Mohammad