Kecoh Proton Persona 'langsi', sengaja masuk lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan


  • Tular
  • Selasa, 30 Nov 2021

TANGKAP layar video tular sebuah kereta Proton Persona memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan. — Facebook

TINDAKAN seorang pemandu kereta menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan mengundang kecaman netizen.

Dalam satu video tular di laman Facebook pada Selasa, kereta jenis Proton Persona itu diihat dipandu di laluan motosikal meskipun sudah diarah masuk ke jalan besar.

Kereta itu diekori rapat tiga penunggang motosikal lain yang tidak dapat memotong kereta terbabit kerana laluannya yang sempit.

Salah seorang daripada penunggang motosikal itu memberi isyarat tangan apabila tiba di satu persimpangan agar kereta terbabit segera keluar ke jalan besar, namun tidak diendahkan.

Rentetan itu, pemandu kereta tersebut dilihat seperti sengaja berbuat demikian kerana enggan masuk ke lorong kereta walaupun sudah disuruh berbuat demikian oleh penunggang motosikal yang mengekori di belakangnya.

Video itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Aiman Danish di laman Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia pada Selasa.

komen moto

TANGKAP layar komen netizen yang mendakwa pemandu kereta terbabit mungkin termasuk laluan motosikal kerana menggunakan Waze. — Facebook

Seorang pengguna lain menggunakan nama Aliff Kencang meninggalkan komen dengan mendakwa pemandu kereta terbabit mungkin menggunakan aplikasi Waze yang menyebabkannya 'termasuk' ke laluan motosikal.

"Jalan ni lagi. Yang aku pasti pemandu guna Waze. Kalau guna Google Maps (mungkin) tak akan sangkut, " katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram