BINTANG Bacelona, Frenkie de Jong dilihat sebagai calon yang sesuai untuk mengisi kelompongan Liverpool di jentera tengah pasukan itu.
Barcelona dikhabarkan bakal melepaskan pemain asal Belanda itu pada harga £75 juta (RM722 juta) untuk jendela perpindahan Januari 2022.
Memandangkan Liverpool pada ketika ini kerap berdepan masalah kecederaan pemain di bahagian tengah, membeli De Jong mungkin boleh menjadi solusi untuk The Reds.
Pemain tengah berusia 24 tahun itu bersinar dengan prestasi yang memberangsangkan buat pasukan Barcelona sejak beberapa musim lalu, dan profilnya dilihat sesuai dengan gaya permainan Liverpool.
De Jong mempunyai keupayaan untuk berkhidmat kepada Liverpool selama sedekad seterusnya dan memenuhi kedudukan di bahagian tengah di mana kelab itu kini kekurangan pilihan
De Jong secara teknikalnya berbakat dengan mata yang hebat untuk hantaran, dan keupayaan untuk mematahkan barisan lawan dalam nada yang sama seperti Thiago Alcântara.
Dia juga selesa dalam penguasaan dan mampu membawa bola ke hadapan jika perlu seperti yang pernah dilakukan Georginio Wijnaldum di Liverpool.
Dengan usia yang masih muda dan potensi De Jong, ia boleh menjadi langkah bijak pengendali Liverpool, Jürgen Klopp untuk memperkukuhkan jentera tengahnya.
Malah, membawa De Jong ke dalam pasukan mungkin boleh menebus kembali kesilapan Liverpool kerana untuk tidak menandatangani pengganti untuk Georginio Wijnaldum.
Dengan keadaan kewangan Barcelona yang kini terumbang ambing, Liverpool juga dilihat berpeluang untuk mendapatkan De Jong pada harga yang lebih rendah. —Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram