Nilai sebenar skuad The Reds, Salah bukan pemain termahal di Liverpool


  • Podium
  • Jumaat, 12 Nov 2021

DUA pemain dengan nilai tertinggi di Liverpool

LIVERPOOL buat masa ini sekali lagi berada sebaris dengan pasukan elit di England dan Eropah di bawah kelolaan Jurgen Klopp.

Di sebalik kejayaan yang diraih Liverpool kini, ramai yang tertanya-tanya berapakah nilai bagi setiap pemain yang berada dalam pasukan itu.

Jika anda meneka penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang kini menjaring 107 gol sepanjang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), ternyata anda silap.

Data analisis yang diperoleh oleh Football Transfer dengan kerjasama agensi analisa bola sepak, SciSports menyaksikan yang Salah bukanlah pemain termahal di Liverpool.

Sebaliknya, yang menjadi pemain termahal setakat ini adalah Trent Alexander-Arnold, pemain pertahanan Liverpool.

Data tersebut diperoleh dengan mengambil kira kemampuan terkini dan akan datang, tempoh kontrak, fizikal, umur dan beberapa faktor penting yang lain.

Faktor usia yang masih muda tetapi sudah menjadi pemain pertahanan terbaik di dunia menjadikan Alexander-Arnold sebagai pemain yang sangat bernilai.

Salah pula berada di kedudukan kedua kerana faktor usianya dan kontrak yang bakal berakhir pada 2023.

Berikut adalah nilai bagi setiap pemain Liverpool yang dikeluarkan Football Transfer dan SciSports.

Penyerang

Mohamed Salah: €80m (RM382 juta)

Sadio Mane: €53m (RM253 juta)

Diogo Jota: €42m (RM200 juta)

Roberto Firmino: €34m (RM162 juta)

Harvey Elliott: €15m (RM72 juta)

Takumi Minamino: €15m (RM72 juta)

Divock Origi: €11m (RM52.5 juta)

Pemain tengah

Fabinho: €66m

Jordan Henderson: €29m (RM138.5 juta)

Curtis Jones: €27m (RM129 juta)

Thiago: €25m (RM119 juta)

Naby Keita: €23m (RM109 juta)

Alex Oxlade-Chamberlain: €18m (RM86 juta)

James Milner: €5m (RM24 juta)

Pertahanan

Trent Alexander-Arnold: €91m (RM435 juta)

Andrew Robertson: €74 (RM353 juta)

Virgil van Dijk: €42m (RM201 juta)

Ibrahima Konate: €36m (RM172 juta)

Joe Gomez: €28m (RM134 juta)

Joel Matip: €19m (RM91 juta)

Nathaniel Phillips: €10m (RM47.7 juta)

Konstantinos Tsimikas: €9m (42.9 juta)

Neco Williams: €7m (RM33 juta)

Penjaga gol

Alisson: €69m (RM329 juta)

Caoimhin Kelleher: €2m (RM9.5 juta)

Loris Karius: €2m (RM9.5 juta)

Adrian: €0.3m (RM1.4 juta)

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram