LIVERPOOL dilaporkan bakal memburu beberapa pemain yang bakal menjadi ejen bebas pada jendela perpindahan musim hadapan.
Antara nama yang bakal menjadi buruan adalah pemain tengah Manchester United, Paul Pogba dan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.
Kedua-dua pemain dilaporkan tidak memeterai sebarang perjanjian kontrak baharu bersama kelab masing-masing dan bakal dijual pada Januari kelak.
Seorang lagi pemain yang bakal menjadi ejen bebas adalah pemain tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic.
Pemain berusia 28 tahun itu masih belum mengadakan rundingan dengan Inter tetapi laporan media antarabangsa menyebut situasi berkenaan akan berubah dalam masa terdekat.
Rundingan antara Brozovic dan Inter dikhabarkan bakal diadakan sewaktu rehat aksi antarabangsa.
Jika Brozovic tidak menandatangani kontrak baharu bersama Inter, Liverpool bersedia menawarkan gaji sekitar 7-8 juta euro (RM33.7 juta - RM38.5 juta) setahun.
Selain Liverpool, Tottenham Hotspurs dan Man United turut memantau situasi Brozovic. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram