"SAYA akan lakukannya sekali lagi," kata pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone yang mengatakan bahawa dia tidak akan bersalaman dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas perlawanan di Ainfiled, Britain.
Perkara itu juga dilakukan Simeone selepas tewas 3-2 dengan Liverpool di Wanda Metropolitano, Madrid, Spain pada Oktober.
Sikap Simeone yang enggan bersalaman dengan Klopp disifatkan sebagai pelik dan angkuh oleh peminat The Reds
Menurut mereka dia seperti tidak menerima kenyataan terhadap keputusan dalam perlawanan yang adil.
Bagaimanapun, Simeone dalam sidang akhbar pra-perlawanannya pada Selasa memberitahu, dia bersikap demikian kerana dia tidak suka menyapa pihak lawan selepas perlawanan kerana tidak mahu dibawa emosi.
"Setiap orang ada emosi dan cara mengendalikannya yang berbeza dan pada saya ia lebih kepada kepalsuan untuk senyum selepas kalah dalam perlawanan.
"Ia mungkin sudah menjadi kebiasaan di Britain tetapi saya tidak mengamalkan itu," katanya.
Atletico Madrid dan Liverpool akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Ainfiled pada 4 pagi, Khamis (waktu tempatan).
Dalam saingan kumpulan B, Liga Juara-Juara, Liverpool kekal dikedudukan pertama, dengan sembilan mata dari tiga perlawanan tanpa kalah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram