
KERJAYA peragaan Thylane Blondeau bermula sejak usia tiga tahun.
Ia selepas pereka fesyen terkenal, Jean Paul Gaultier memilihnya kerana tertarik dengan mata birunya, rambut perang keemasan dan bentuk bibirnya.
Setahun kemudian, Thylane mula berjalan di pentas peragaan buat kali pertama.
BACA LAGI: Hobi 'thrifting' cara bijak dekor kediaman, perabot terpakai boleh upholsteri semula suntik keunikan
Thylane pernah dinobatkan gadik tercantik di dunia ketika usianya enam tahun. — Agensi
Ketika berumur enam tahun, beliau digelar sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia.
Sejak itu, gadis yang dilahirkan pada 5 April 2001 tersebut terus berusaha keras untuk membina nama dalam dunia fesyen.
Pada usia 10 tahun, beliau menjadi model termuda yang menghiasi muka hadapan majalah Vogue Paris.
Sepanjang kerjayanya, beliau pernah bekerjasama dengan pelbagai jenama fesyen terkenal.
Antaranya, beliau pernah beraksi untuk jenama-jenama besar seperti Miu Miu, Versace, Ralph Lauren, Dolce & Gabbana dan L’Oréal Paris.
Kerjasama tersebut menjadikannya antara model terkenal di dunia.
Semasa kecil, ramai yang memuji kecantikannya, namun Thylane tidak begitu ambil peduli, sebaliknya hanya merasakan dirinya seperti gadis biasa sahaja.
Beliau tidak pernah menganggap dirinya terlalu cantik.
Selain model, Thylane kini giat mengusahakan bisnes kecantikannya. — Instagram/@thylaneblondeu
Hari ini, Thylane bukan sahaja berjaya sebagai model, malah bergelar ahli perniagaan muda.
Dalam dunia fesyen, beliau kini sedang mengembangkan empayar perniagaannya dengan pesat.
Thylane ialah seorang model dari Perancis yang kini juga menceburi bidang perniagaan.
Beliau melancarkan jenama pakaian sendiri yang dinamakan Haven Clothing.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan jenama kecantikan dan penjagaan rambut bernama Enalyht.
Perniagaannya kini berkembang dengan sangat cepat.
Pada tahun 2021, Thylane mengalami masalah kesihatan apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan (cyst) di ovari.
Salah satu ketumbuhan tersebut pecah di dalam perut, menyebabkan beliau perlu menjalani beberapa pembedahan serta mendapatkan rawatan segera di hospital.
Daripada pengalaman itu, Thylane belajar betapa pentingnya menjaga kesihatan.
Beliau turut menasihati para peminat agar sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan diri masing-masing. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram