Saudara kembar Kolonel Sofiya Qureshi dianggap 'all-rounder', pereka fesyen, penembak tepat antara kepakaran Dr. Shyna Sunsara


  • Benua
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Sofia (kanan) dan Dr. Shyna dilahirkan pada tahun 1981 di Vadodara, Gujarat, India.

KOLONEL Sofiya Qureshi mencipta sejarah apabila tampil di televisyen nasional mewakili Tentera Darat India selepas kejayaan Operasi Sindoor.

Beliau merupakan salah seorang daripada dua pegawai wanita yang berucap dalam sidang media tersebut.

Kembarnya, Dr. Shyna Sunsara menonton dengan penuh rasa bangga dan terharu melihat kembarnya berdiri megah dalam seragam tentera.

BACA LAGI: Bvlgari pilih Scha Alyahya sebagai penyeri kempen khas sempena Hari Ibu

BACA LAGI: Hasil didikan sejak kecil, Chryseis Tan amal prinsip usaha dan kerja keras besarkan anak-anak

Kedua-dua mereka pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi tentera sejaki kecil. — Facebook/Shyna Sunsara 

Menurut agensi, Dr. Shyna mendedahkan bahawa mereka dibesarkan dalam keluarga tentera dan sejak kecil bercita-cita untuk berkhidmat demi negara walaupun ketika itu wanita belum dibenarkan menyertai tentera.

Sebelum ini, Sofiya pernah bercadang menjadi saintis di Organisasi Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) atau menyertai pasukan polis jika tidak dapat masuk ke tentera.

Dr. Shyna tidak mengetahui berhubung kembarnya bakal berucap dalam siaran langsung dan hanya mengetahuinya selepas menerima panggilan daripada saudara yang memintanya membuka televisyen.

Momen itu bukan sahaja membanggakan keluarga, malah dirasai seluruh negara. Beliau turut memuji tindakan tegas kerajaan India dan Perdana Menteri Modi dalam menangani operasi tersebut.

Lebih menarik, darah tentera mengalir dalam keluarga mereka sejak duhulu lagi, malah mempunyai sejarah ketenteraan India.

Ayah mereka pernah berkhidmat dalam Perang Bangladesh 1971, datuk dan moyang juga anggota tentera, manakala nenek mereka sering berkongsi kisah leluhur yang menyertai pemberontakan 1857 bersama Rani of Jhansi, ikon yang memberi inspirasi besar kepada Sofiya.

Dr. Shyna Sunsara. — Instagram/@sunsarashyna

Siapa Dr. Shyna Sunsara?

Dr. Shyna Sunsara juga seorang yang luar biasa. Beliau merupakan bekas kadet tentera, pakar ekonomi, pencinta alam sekitar, pereka fesyen dan penembak tepat yang pernah menerima pingat emas daripada Presiden India.

Digelar Wonder Woman dari Vadodara, beliau memenangi pelbagai pertandingan ratu cantik seperti Ms. Gujarat, Ms. India Earth 2017 dan Ms. United Nations 2018.

Beliau juga menerima Anugerah Dadasaheb Phalke pada 2018.

Komitmennya terhadap alam sekitar terbukti melalui projek penanaman 100,000 pokok di Gujarat yang mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa.

Sejak kecil, beliau dikenali sebagai seorang serba boleh dan pernah mereka pakaian daripada kain saree ibunya semasa di bangku sekolah.

Kolonel Sofiya Qureshi. —  Agensi

Mengenai Kolonel Sofiya Qureshi

Dilahirkan di Vadodara, Gujarat, India, Sofiya merupakan pegawai dalam Kor Isyarat Tentera India dan memiliki ijazah sarjana dalam bidang biokimia.

Beliau pernah menyertai misi pengaman PBB di Congo pada 2006 dan mengetuai kontinjen India dalam latihan ketenteraan bersama negara ASEAN pada 2016 menjadikan beliau wanita pertama diberi penghormatan tersebut.

Beliau juga terlibat dalam operasi bantuan banjir di Timur Laut India, membuktikan kecekapan beliau bukan hanya dalam medan perang, tetapi juga dalam pengurusan krisis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram