Jenama fesyen 'modest' sukar diiktiraf global walau perbelanjaan pengguna Islam dijangka cecah RM1 trilion menjelang 2027


  • Relaks
  • Isnin, 12 Mei 2025

Pod siar itu melibatkan beberapa tokoh industri berkongsi cabaran serta peluang dalam memperkukuh kedudukan fesyen sopan di peringkat antarabangsa. —  Agensi

PERBELANJAAN pengguna Muslim untuk fesyen dijangka mencecah AS$428 billion, iaitu bersamaan RM1 trillion menjelang 2027, sekali gus menunjukkan pertumbuhan tahunan yang ketara.

Meskipun demikian, walaupun permintaan semakin meningkat, industri fesyen patuh syariah atau modest masih belum kukuh secara komersial dan sukar mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Dapatan itu didedahkan menerusi satu episod pod siar Business of Fashion yang dikendalikan Sally Mousa dari Forbes Middle East.

BACA LAGI:Wanita di barisan hadapan transformasi AI, 3 tokoh Indonesia bangkit bawa perubahan dalam masyarakat

BACA LAGI:Hasil didikan sejak kecil, Chryseis Tan amal prinsip usaha dan kerja keras besarkan anak-anak

Linda (kiri) dan Rabia masing-masing berkongsi pandangan berhubung hala tuju fesyen patuh syariah.— Instagram/@lindaanggrea & @iamrabiaz

Pereka fesyen Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga pengasas jenama Rabia Z, Rabia Zargarpur menubuhkan jenama fesyennya sendiri selepas merasai kekurangan pilihan pakaian sopan di Amerika Syarikat (AS) pasca tragedi 9/11.

Disebabkan keperluan peribadi, beliau memulakan jenama sendiri dari garaj datuknya di Silicon Valley dengan azam untuk membawa fesyen patuh syariah ke pentas fesyen arus perdana.

“Pada tahun 2000, nak cari pakaian asas yang sopan pun susah. Baju lengan panjang atau yang menutupi pinggul pun tiada.

“Hal tersebut benar-benar membuka mata saya. Kami diabaikan. Kenapa tiada jenama yang memenuhi keperluan wanita seperti kami? Jadi saya ambil langkah sendiri dan wujudkan jenama Rabia Z," jelasnya.

Begitu juga dengan pengasas Modanisa, Kerim Türeyang memulakan platform beli-belah dalam talian selepas ditolak oleh jenama konvensional.

Baginya, pakaian adalah sebahagian daripada identiti dan keyakinan diri seseorang, dan semua wanita berhak tampil bergaya tanpa mengorbankan pegangan mereka.

Bagi Linda Anggrea yang merupakan pengasas jenama fesyen patuh syariah dari Indonesia, Buttonscarves dan Ketua Pegawai Eksekutif Modinity Group, ketiadaan jenama sedemikian di pusat beli-belah utama di negara itu amat ketara.

Beliau melihat peluang besar dan membangunkan jenamanya daripada sekadar tudung kepada kumpulan pelbagai jenama dengan lebih 100 lokasi runcit di seluruh Asia Tenggara.

“Kami mahu rasa yakin dan selesa dengan diri sendiri,” kata Linda.

“Kalau kita pegang prinsip ini dalam apa jua yang kita buat, ia akan hasilkan koleksi yang cantik dan tetap patuh nilai kesopanan," katanya.

Namun, industri tersebut berada di persimpangan, antara keaslian dan keuntungan semata-mata.

Menurut Rabia, kerjasama dengan jenama besar sering kali bersifat luaran dan tidak memahami nilai sebenar fesyen sopan.

“Setiap tahun hanya keluar jubah berkilat untuk Ramadan. Mengapa tidak koleksi yang beretika dan inovatif seperti yang anda hasilkan untuk pelanggan lain?,” soalnya.

Linda pula menekankan perlunya kesatuan dan visi bersama.

“Setiap jenama punya identiti, tapi misi kita satu agar fesyen sopan bukan sekadar diterima, tetapi dihormati di pentas global. — Agensi

— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram