
PUSAT sehenti kecantikan, Sephora Malaysia kini menyambut kedatangan jenama kecantikan yang dinantikan ramai, Haus Labs yang diasaskan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga selepas hampir lima tahun dilancarkan.
Sama seperti bait-bait lagu Born This Way, Haus Labs meraikan keunikan setiap individu tanpa mengira tona kulit, identiti atau latar belakang dengan pendekatan yang menggabungkan sains dan seni.
Jenama tersebut bukan sekadar produk solekan biasa, tetapi merupakan revolusi dalam dunia seni kecantikan dengan formulasi berteknologi tinggi dan kandungan penjagaan kulit yang berkualiti.
Pengurus Besar Sephora Singapore & Malaysia, Valerie Foong menyatakan bahawa pelancaran eksklusif ini menunjukkan komitmen Sephora dalam membawa jenama-jenama kecantikan yang inovatif dan disruptif ke pasaran.
"Melalui kerjasama ini, kami memberikan akses kepada pelanggan untuk menikmati formulasi Haus Labs yang luar biasa," katanya.
Dengan 125 produk tersedia, penggemar kecantikan di Malaysia kini berpeluang untuk menikmati rangkaian penuh produk terlibat yang baru dilancarkan di Sephora.
Berikut adalah antara lima produk Haus Labs yang ditawarkan:
1. Triclone Skin Tech Foundation
Foundation dengan penutupan sederhana yang memberikan hasil semula jadi dan tahan lama.
Ia tersedia dalam 51 warna untuk semua tona kulit dan dirumus dengan bahan penjagaan kulit untuk menyokong kesihatan kulit.
2. Triclone Skin Tech Concealer
Concealer ringan yang membantu mencerahkan dan mengurangkan kesan lebam bawah mata.
Mengandungi niacinamide, asid hyaluronik dan arnica untuk mengurangkan efek bengkak dan memberi kesan mulus.
3. Bio-Radiant Glassy Balm Highlighter Stick
Highlighter dengan kandungan 64 peratus bahan penjagaan kulit, termasuk asid hyaluronik dan ekstrak fennel laut.
Ia memberikan kilauan yang tahan lama, sempurna untuk bahagian seperti tulang pipi.
4. PhD Hybrid Lip Glaze
Gabungan minyak, gloss, pelembab dan plumper untuk bibir yang lebih penuh dan berkilau.
Mengandungi kolagen vegan dan bahan aktif seperti Maxi-Lip dan Volulip untuk hidrasi dan kilauan tanpa rasa pedih.
5. PhD Hybrid Lip Oil & Lip Oil Mini
Minyak bibir berwarna tipis yang melembapkan secara mendalam dengan minyak pir berduri, kolagen vegan dan squalane tumbuhan.
Memberikan kilauan tidak melekit dengan warna yang menyesuaikan diri mengikut ton semula jadi bibir anda.
Produk-produk tersebut kini boleh didapati secara eksklusif menerusi Sephora cawangan dekat Kuala Lumpur seperti di Fahrenheit88 dan Suria KLCC, manakala Sunway Pyramid di Subang Jaya, Selangor serta melalui sephora.my dan aplikasi Sephora.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram