Manjakan kulit wajah ibu dengan serum mewah sambil bergambar di kios konsep moden, 'Instagrammable'


  • Relaks
  • Selasa, 29 Apr 2025

Menurut Chryseis (kanan) kios Lumi Beauty menawarkan pelbagai item penjagaan kulit wajah dan aktiviti menarik sempena sambutan Hari Ibu.

MASIH mencari idea untuk meraikan ibu tercinta sempena Hari Ibu yang disambut pada 11 Mei ini ?

Sekali-sekala apa salahnya menghabiskan masa berkualiti bersama ibu dalam konsep berbeza dengan mencuba dan memilih item kecantikan kulit wajah.

Rutin penjagaan yang konsisten menggunakan produk ideal membantu membuatkan kulit wajah berseri dan menawan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya balik kerja pukul 5 petang setiap hari untuk makan malam bersama keluarga', seimbang status ibu, usahawan, tip bisnes Grede berjaya

BACA LAGI: Usia lebih 40 tetapi nampak seakan awal 30-an? 5 eliksir awet muda untuk melewatkan penuaan

Justeru, jom bawa insan kesayangan anda ke kios Lumi Beauty bertempat di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya.

Kios tersebut merupakan lokasi keempat bagi jenama kecantikan tempatan itu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita yang amat menitikberatkan aspek penjagaan kulit wajah.

Menurut Pengasas Lumi Beauty, Chryseis Tan, IOI City Mall Putrajaya menjadi pilihan kerana menghimpunkan lapisan komuniti pengguna terdiri daripada keluarga, pada ibu dan pencinta kecantikan kulit wajah.

“Pembukaan kios ini adalah salah satu inisiatif untuk membawa pengalaman Lumi secara lebih dekat dan peribadi kepada pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran kios tersebut baru-baru ini.

Chryseis (tengah, belakang) bersama komuniti dan pempengaruh kecantikan yang hadir pada majlis pelancaran kios Lumi Beauty di IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.

Dengan menampilkan slogan Gleam before Glam, Lumi yakin bahawa kecantikan sebenar bermula daripada kulit sihat tanpa perlu bersolek secara berlebihan.

Maka tidak hairanlah apabila produk Repair+Renew Hydra Collagen Mask dan Vitamin Glow Super Serum menjadi kegemaran ramai khususnya pelanggan setia.

Selain menawarkan pelbagai rangkaian produk mengikut kesesuaian kulit wajah, kios Lumi Beauty turut menjadi tumpuan anak dan ibu yang berkunjung merakamkan foto kenangan dek konsepnya, Instagram-worthy.

Reka bentuknya yang moden dan susun atur ala romantik apabila dikelilingi jambangan bunga cantik menjadikan kios itu platform sempurna untuk sesi membeli-belah sambil bersantai.

Bersempena pembukaannya dan sambutan Hari Ibu, Lumi Beauty menawarkan bermacam-macam hadiah menarik dan misteri untuk pengunjung.

Dalam pada itu bermula antara 25 hingga 30 April 2025, pelanggan juga berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif seperti Lumi Gleam Pillow dengan perbelanjaan minimum RM180 atau tumbler edisi khas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram