Diserikan dengan gabungan budaya Bali, Jawa dan Eropah, Luna Maya dan Maxime kini bergelar suami isteri


  • Relaks
  • Rabu, 07 Mei 2025

Luna Maya selamat melangsungkan pernikahan dengan cinta hatinya, Maxime Bouttier dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada Rabu.

PELAKON terkenal Indonesia, Luna Maya selamat melangsungkan pernikahan dengan cinta hatinya, Maxime Bouttier dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada Rabu.

Majlis pernikahan yang disertai dengan suasana penuh magis itu dimeriahkan dengan penggabungan tiga budaya iaitu Bali, Jawa dan Eropah yang menjadi simbol kekayaan latar belakang serta perjalanan hidup mereka berdua.

Sebelum akad nikah, Luna mengikuti tradisi Jawa iaitu upacara siraman dan sungkeman. 

BACA LAGI:  Kembalinya zaman retro! Pelapik bahu gaya 80-an tonjol cita rasa wanita moden, sofistikated

BACA LAGI:  Cantik dari dapur, brokoli dan bawang mempunyai manfaat cantikkan rambut, elak gugur

Gabungan budaya yang indah itu tidak hanya menunjukkan dua hati tetapi juga menunjukkan penghormatan yang mendalam terhadap warisan masing-masing.

Walaupun terdapat perbezaan usia 10 tahun, ia tidak menjadi halangan bagi kedua-dua pasangan itu untuk terus membina hubungan yang utuh. 

Pada Disember 2022, mereka tampil secara terbuka di khalayak ramai dan sejak itu, cinta mereka terus mekar antara satu sama lain.

Di sebalik kisah cinta yang indah ini, Luna dalam siaran langsung laman YouTubenya membuat satu pendedahan yang mengejutkan ramai iaitu dia pernah menerima berita daripada seorang lelaki sebelum bertemu Maxime. 

"Saya pernah menerima lamaran daripada seorang lelaki sebelum bertemu Maxime. Namun, keputusan untuk menerima lamaran itu bukanlah kerana cinta, tetapi lebih kepada tekanan daripada orang sekeliling," katanya.

Luna mengakui bahawa pada masa itu dia terfikir untuk meneruskan hubungan tersebut, namun akhirnya menyedari betapa pentingnya mengikuti pilihan sendiri tanpa terpengaruh oleh pandangan orang lain.

“Saya bersyukur kerana akhirnya saya bertemu dengan awak (Maxime).

"Kalau tidak, mungkin saya sudah berkahwin tetapi hidup dalam tekanan kerana membuat keputusan hanya untuk menjaga hati orang lain," kata Luna.

Luna berkata, kisah tersebut memberi pengajaran yang sangat berharga tentang betapa pentingnya membuat keputusan berdasarkan hati nurani terutamanya dalam soal perkahwinan. 

Kini, pasangan itu memulakan lembaran baru dalam hidup mereka sebagai suami isteri dengan penuh kebahagiaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram