Rai ibu tersayang dengan hadiah haruman bersama jambangan bunga


  • Relaks
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Jambangan bunga peony, mawar dan gerbera melengkapi haruman Jo Malone.

Ibu lambang kasih sayang dan pengorbanan yang tiada tandingan. Sejak kita dilahirkan, ibu sentiasa berada di sisi, mencurah kasih tanpa syarat dan mendahulukan keperluan anak-anak melebihi dirinya sendiri.

Tanpa mengira siang atau malam, beliau terus setia menjaga, mendidik dan membimbing kita dengan penuh kesabaran.

Bagi mengucapkan terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas setiap pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan, gembirakan hati insan yang melahirkan dengan hadiah bermakna. 

BACA LAGI: Jangan jerit dan teran sambil senyum antara tip bersalin tanpa koyakan

BACA LAGI: Kos rawatan anak hampir RM60,000 tapi syarikat takaful enggan tanggung, ramai desak reformasi industri perlindungan perubatan

Untuk Hari Ibu tahun ini, dua jenama terkenal yang sinonim dengan pemberian hadiah bermakna iaitu BloomThis dan Jo Malone London, bergabung memperkenalkan koleksi jambangan bunga eksklusif.

Ada empat pilihan, setiap satu mencerminkan kelembutan, kekuatan dan keindahan kasih ibu.

Antara pilihan yang ditawarkan termasuk Jane Hydrangea & Peony Flower Box dan Jolene Peony & Rose Flower Box, yang dijual pada harga bermula RM239 hingga RM289.

Bunga peony, mawar dan gerbera digubah rapi untuk mencipta hadiah klasik.

Lebih istimewa, pelanggan juga boleh memilih untuk menyertakan sekali pewangi Jo Malone London, sama ada English Pear & Sweet Pea Cologne yang segar atau Peony & Blush Suede Cologne yang memikat.

Seperti biasa, setiap pesanan melalui BloomThis disertakan dengan penghantaran percuma, kad ucapan peribadi dan foto bercetak bersaiz 3R.

Jika anda antara 500 yang membuat pesanan terawal, anda layak menerima baucar diskaun 10 peratus Jo Malone London, boleh ditebus di laman web rasmi dengan pembelian minimum RM350, tertakluk kepada terma dan syarat. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

Artikel Berkaitan: