
DALAM pasaran perabot yang semakin kompetitif, satu jenama tempatan tampil mencuri tumpuan dengan strategi unik dan penawaran segar dikenali sebagai Qa-yu.
Diketuai oleh Muhamad Razki Yaman, 32, Qa-yu telah menampilkan lebih 100 rekaan perabot jati baharu setiap bulan, sejajar dengan permintaan gaya hidup moden yang mementingkan gaya serta ketahanan.
Berbanding stereotaip perabot jati sebagai ‘klasik dan berat’, Qa-yu membuktikan sebaliknya dengan rekaan yang menepati citarasa semasa.
BACA LAGI: Wanita cenderung jadi 'hoarder', belajar 'declutter' rumah dari limpahan barangan tidak terpakai
BACA LAGI: Bola sepak ke 'floristry', pengalaman di UK angkat Azmy Osman jadi Pakar Bunga Negara
Qa-yu berjaya menjadikan perabot jati relevan untuk rumah moden, kondominium, apartmen, pejabat dan juga kafe.
Razki berkongsi kekuatan utama Qa-yu terletak pada kepelbagaian rekaan dan harga mampu milik tanpa kompromi dari segi kualiti.
"Setiap bulan, kami bawa sekurang-kurangnya 100 reka bentuk terbaharu. Ia satu usaha besar, tapi kami percaya pelanggan perlukan variasi untuk buat pilihan.
"Dari meja kopi hingga kerusi makan, semuanya ada,” kata Razki yang juga merupakan pengasas jenama itu.
Qa-yu terletak di Senawang, Negeri Sembilan.
Untuk mencapai angka yang konsisten itu, Qa-yu menjalankan operasi rantaian bekalan terus dari pusat pertukangan kayu jati terkenal di Jepara, Indonesia.
Di Jepara, Razki membeli rekaan sedia ada hasil kerja tangan pengukir tempatan, sambil mencipta 10 hingga 15 rekaan eksklusif milik Qa-yu sendiri setiap bulan.
"Kami ada rakan niaga tetap di Jepara yang uruskan sepenuhnya kilang dan bahagian produksi.
"Beliau dahulu penjual balak jati dan buat kerja finishing secara kecil-kecilan. Kami pilih dia sebab dia kenal jati luar dalam.
"Dari kayu mentah sampai ke produk siap, semua dijaga rapi," jelasnya.
Qa-yu menjalankan operasi rantaian bekalan terus dari pusat pertukangan kayu jati terkenal di Indonesia.
Walaupun Qa-yu kini bergerak aktif di pasaran digital, jenama itu masih mengekalkan jiwa pertukangan asli.
Setiap perabot dihasilkan menggunakan teknik tradisional dengan ukiran tangan tanpa mesin berat, menjadikan setiap unit unik dan penuh nilai seni.
Razki juga sedar bahawa perabot jati bukan untuk semua tetapi bagi mereka yang tahu menilai keaslian dan ketahanan, jati adalah pilihan tepat.
Antara barangan perabot yang dikeluarkan oleh Qa-yu.
Kayu jati secara semula jadi mengandungi minyak jati yang menjadikannya kalis air, tahan kulat, anai-anai dan serangga, berbanding jenis kayu lain.
"Kalau dah kenal jati, memang tak cari kayu lain dah. Tambahan pula, urat kayu jati sangat cantik, setiap helai ada corak tersendiri,” ujarnya.
Dari segi penjagaan pula, perabot jati dianggap sangat mesra pengguna.
"Tak perlu pun jaga sangat. Cuma lap dengan minyak kayu setiap lima atau enam bulan untuk kekalkan kilat dan ketahanan. Tak susah langsung," tambah Razki.
Qa-yu juga mendapat permintaan membuat katil menggunakan kayu jati.
Dengan pendekatan kreatif dan dedikasi terhadap kualiti, Qa-yu membuktikan bahawa warisan kayu jati tidak hanya untuk nostalgia.
Ia juga boleh menjadi pilihan utama dalam landskap rekaan dalaman masa kini.
Bagi pencinta seni pertukangan kayu dan mereka mencari pelaburan jangka panjang dalam perabot rumah, Qa-yu hadir sebagai jenama yang bukan sahaja estetik, tetapi juga praktikal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram