
https://x.com/jllmisai/status/191864494529826840SEJAK zaman dahulu lagi, permata telah menjadi simbol keindahan, kemewahan dan status di dunia.
Dari mahkota raja-raja hingga ke cincin pertunangan yang disarungkan hari ini, kilauan permata sentiasa memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya.
Keunikan setiap potongan, warna yang berkilau mengikut cahaya, dan nilai yang tersemat padanya menjadikan permata sangat istimewa.
BACA LAGI: Bagai melangkah masuk ke era 50-an, peralatan gaya vintaj pelengkap dapur stail retro
BACA LAGI: Mihrab 3D jadikan ruang solat lebih eksklusif, mendamaikan, nilai estetika istimewa dalam kediaman
Sama ada berlian, delima, nilam atau zamrud, setiap jenis permata memiliki daya tarikan tersendiri.
Tidak hairanlah jika dikatakan bahawa semua orang suka permata, kerana kecantikannya bukan sekadar pada rupa, tetapi juga pada makna dan simbolik yang dibawanya.
Tapi tahukah anda? negara jiran, Thailand mempunyai satu kawasan yang terkenal dengan tempat perdagangan permata sejak sekian lama.
Chanthaburi, sebuah bandar kecil di timur Thailand, telah lama dikenali sebagai 'Kota Permata' kerana peranannya yang penting dalam industri permata berwarna di peringkat global.
Chanthaburi dikenali sebagai 'Kota Permata'.
Sejak abad ke-15, kawasan itu telah menjadi pusat perdagangan permata dan hari ini, ia terus menarik perhatian pedagang dan penggemar permata dari seluruh dunia.
Setiap hujung minggu, Chanthaburi menjadi tuan rumah kepada salah satu pasar permata terbesar di dunia.
Pedagang dari pelbagai negara berkumpul di jalan-jalan seperti Si Chan Road untuk membeli dan menjual permata kasar dan potong.
Pasar itu menawarkan pelbagai jenis permata, termasuk nilam biru, delima, dan pelbagai batu berwarna lain.
1918644945298268400Permata telah menjadi simbol keindahan, kemewahan dan status di dunia.
Menerusi perkongsian @lilasfinejewelry di Instagram, dia memperlihatkan situasi hujung minggu di Chantaburi yang meriah dengan pengunjung sibuk melakukan urusan urus niaga permata.
Tambahnya, urusan jual beli dan bidaan terus dilakukan secara terbuka tanpa formaliti kerana terlalu banyak peniaga menjual permata di tepi-tepi jalan.
“Sebaik sahaja anda duduk di meja untuk negosiasi akan ada ‘broker’ datang untuk menawarkan harga yang lebih murah.
“Ketika itu, anda memerlukan pemerhatian yang sangat tajam dan skil untuk negosiasi bagi mendapatkan harga terbaik.”
Walaupun kini menghadapi cabaran seperti kekurangan sumber permata tempatan dan persaingan global, Chanthaburi terus berinovasi.
Usaha sedang dilakukan untuk melatih generasi baharu pemotong permata dan pereka aksesori, serta memperkukuh hubungan dengan negara pengeluar permata lain.
Festival Permata dan Perhiasan Antarabangsa Chanthaburi juga diadakan untuk mempromosikan bandar itu sebagai pusat perdagangan permata dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram