Ingin rumah lebih tersusun dan bergaya? 5 tip guna 'built-ins' dengan cara bijak, kreatif


  • Relaks
  • Ahad, 04 Mei 2025

Built-ins membantu untuk mempamerkan kehijauan dan barangan hiasan di ruang tamu.

DALAM era moden yang semakin menekankan gaya hidup minimalis dan penggunaan ruang yang efisien, perabot terbina dalam atau lebih terkenal sebagai  built-in  semakin mendapat tempat dalam kalangan pemilik rumah. 

Reka bentuknya yang kemas dan tersusun menjadikan pilihan popular terutamanya bagi mereka yang tinggal di kediaman bersaiz sederhana atau kecil. 

Namun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa built-in boleh mengehadkan susun atur dan mengurangkan fleksibiliti dalam reka bentuk dalaman.

Ruang 'island' atau 'bufet built-in' berfungsi sebagai pusat tumpuan di ruang makan.

Walaupun begitu, apabila direka dengan teliti dan disesuaikan mengikut keperluan ruang, perabot terbina dalam bukan sahaja mampu memberikan nilai estetika yang tinggi tetapi juga penyimpanan yang praktikal. 

Jika anda merancang untuk memasukkan unsur terbina dalam kediaman anda, berikut merupakan lima tip berguna yang boleh dijadikan panduan.

1. Upah Tukang Profesional

Perabot terbina dalam biasanya dibuat khas ( custom-made ) dan memerlukan ukuran yang tepat untuk memastikan hasil akhir yang kemas dan sempurna. 

Oleh itu, amat digalakkan untuk mendapatkan khidmat tukang kabinet atau tukang kayu profesional bagi menjayakan projek ini.

2. Guna Lamina Jika Berbelanja Secara Berhemah

Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, bahan lamina boleh dijadikan pilihan berbanding kayu asli. 

Lamina bukan sahaja lebih menjimatkan kos, malah dalam pelbagai warna dan tekstur untuk hadir dengan gaya dalaman rumah anda.

Meja terbina dalam membantu untuk jimatkan ruang di pejabat rumah.

3. Gabungkan Kabinet dan Rak

Daripada hanya menggunakan kabinet tertutup, anda boleh mencampurkan kabinet dengan rak terbuka. 

Gabungan itu bukan sahaja menambah fungsi penyimpanan tetapi juga memberikan dimensi estetik yang lebih menarik dan moden.

4. Padankan Tekstur Berbeza

Salah satu trend terkini dalam kerja kayu adalah memadankan pelbagai tekstur dalam satu ruang. 

Contohnya, anda boleh menggabungkan kayu dengan kemasan lacquer sama ada dalam bentuk matte atau berkilat untuk hasil yang lebih eksklusif dan dinamik.

5. Serlahkan dengan Perkakasan Dekoratif

Untuk sentuhan akhir yang bergaya, gunakan perkakasan seperti tombol dan pemegang hiasan pada kabinet anda. 

Elemen kecil itu mampu memberikan kesan besar dan menaikkan seri keseluruhan reka bentuk terbina dalam anda. -  Bintang

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram