Minat glamor era klasik, Erin Parsons kongsi teknik solekan Marilyn Monroe


  • Relaks
  • Ahad, 04 Mei 2025

Erin Parsons aktif menghidupkan semula kecantikan ikonik Marilyn Monroe dengan berkongsi teknik solekan di akaun TikToknya.

TIDAK disangka, minat mendalam terhadap kecantikan era lampau menjadikan Erin Parsons seorang jurusolek profesional fenomena di TikTok.

Dengan lebih 2.8 juta pengikut di akaun TikTok @erinparsonsmakeup, beliau memanfaatkan kepakaran serta cintanya terhadap sejarah glamor Hollywood untuk menghidupkan semula gaya ikonik pelakon dan model dari Amerika Syarikat (AS), Marilyn Monroe yang popular pada era 1950-an.

Kandungan videonya bukan sahaja menarik perhatian secara visual, tetapi juga penuh dengan pendedahan yang memperkenalkan semula kecantikan klasik kepada generasi baharu.

BACA LAGI: Mihrab 3D jadikan ruang solat lebih eksklusif, mendamaikan, nilai estetika istimewa dalam kediaman

BACA LAGI: Bukan saja belajar membaca, ini 7 kelebihan hantar anak ke tadika, ibu bapa perlu ambil kira

 

 

 

 

Perjalanan Erin dalam dunia solekan vintaj bermula selepas beliau memperoleh alat solek milik pelakon legenda The Seven Year Itch tersebut dalam satu acara lelongan.

Sejak itu, beliau mula mengumpul koleksi peribadi yang kini merangkumi pelbagai barangan bernilai tinggi, termasuk sepasang bulu mata palsu milik Marilyn yang dibeli pada harga 9,000 dollar AS (kira-kira RM40,000).

Koleksi tersebut menjadi sumber inspirasi utama untuk kandungan yang konsisten dikongsikan di TikTok.

Erin terkenal dengan ketelitiannya dalam meniru semula rutin kecantikan Marilyn, daripada pilihan gincu merah yang sama warna (lip pomade House of Westmore dalam rona Garnet), sehingga teknik sapuan yang dirujuk melalui artikel akhbar tahun 1951.

Beliau juga berkongsi cara Marilyn menggunakan eyeliner untuk menonjolkan bentuk mata dengan lebih dramatik dan tajam.

Selain itu, Erin turut menunjukkan cara Marilyn mengenakan bulu mata palsu yang menambah kesan dramatis pada penampilan mata, satu teknik yang masih digunakan sehingga kini.

Bukan itu sahaja, Erin turut mendedahkan bahawa salah satu barangan kegemaran Marilyn adalah berus bibir yang digunakan bagi memastikan penggunaan gincu yang sempurna dan kemas.

Selain solekan, Erin juga meneroka aspek penjagaan kulit Marilyn, antaranya ialah teknik menyapu Vaseline sebelum bedak asas bagi menghasilkan kesan berkilau dan berseri.

Erin yang juga merupakan jurusolek kepada model, Gigi Hadid, membuktikan bahawa kecantikan tidak pernah luput ditelan zaman.

Ia hanya menunggu masa untuk ditemukan semula dengan cara yang lebih segar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram