
DALAM hidup ini, mungkin tiada kasih sayang yang mampu menandingi cinta seorang ibu kepada anak mereka.
Mereka sanggup berkorban apa sahaja tanpa mengira tenaga, masa bahkan nyawa sendiri demi anak-anak yang dicintai.
Pengorbanan yang dibuat pula sering dilakukan dalam diam tanpa sebarang keluhan atau meminta balasan.
Baru-baru ini, satu video tular memaparkan seorang wanita tua yang meredah sungai sambil memikul barang berat demi mencari rezeki di kawasan Gedang Sari, Gunung Kidul, Indonesia.
BACA LAGI: Cantik dari dapur, brokoli dan bawang mempunyai manfaat cantikkan rambut, elak gugur
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
Rakaman yang dimuat naik oleh laman Facebook, Jogja Pendesaan mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.
"Ibu adalah susuk yang hampir tidak pernah mengeluh di depan anak-anaknya walaupun banyak ujian harus dilewati," katanya.
Ia bukan sekadar visual seorang wanita barang tanpa bantuan sesiapa tetapi ia adalah gambaran sebenar ketabahan seorang ibu yang sanggup menghadapi apa jua rintangan demi kelangsungan hidup.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial mula terkenang dengan memori ibu masing-masing.
Seorang pengguna, Naarikan Parji berkongsi kisah melihat ibunya hampir hanyut kerana banjir.
"Saya teringat ibu saya, dulu pernah hampir hanyut dalam banjir sewaktu balik cari rezeki. Tapi Alhamdulillah, ALLAH lindungi dia. Kenangan itu tetap segar dalam fikiran kami," katanya.
Surya Saputra pula berharap ALLAH melindungi wanita itu.
"Semoga ALLAH SWT selalu melindungimu. Tetap sihat-sihat ya, ibu," tulis Surya Saputra .
Ada juga yang tersedar dan muhasabah diri, seperti Endah Dian Rayani yang kagum dengan perjuangan wanita itu.
"Lihat perjuangan ibu dalam video itu, saya rasa diri saya belum cukup sabar sebagai seorang ibu. Saya selalu mengeluh, padahal ada ibu lain yang berjuang lebih hebat," katanya.
Yuli Windayani pula terkenang memori bersama ibunya.
"Sejak mak meninggal, satu demi satu kenangan lama datang balik. Saya sedar, tiada siapa di dunia ini yang seikhlas ibu menyayangi anaknya," katanya. - Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram