
DUNIA fesyen kini kembali mengangkat era glamor zaman 1980-an apabila pelapik bahu (shoulder pads) muncul semula sebagai elemen utama dalam koleksi pakaian wanita.
Ciri rekaan itu bukan sekadar gaya tetapi lambang kekuatan, keyakinan dan ketegasan wanita masa kini dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran.
Rekaan bahu besar dan berstruktur memberi isyarat visual yang kuat dengan rancangan wanita moden yang tidak hanya bergaya tetapi juga berani bersuara serta tampil dengan penuh jati diri.
BACA LAGI: Cantik dari dapur, brokoli dan bawang mempunyai manfaat cantikkan rambut, elak gugur
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
Ia membawa semula semangat 'power dressing' yang mendominasi era 80-an, namun dengan sentuhan moden.
Koleksi Stella McCartney tampil dengan pelapik bahu yang ketara pada sut dan gaun yang mencerminkan wanita masa kini yang serba boleh, bebas dan berdaya saing.
Menurut kenyataan rasmi jenama tersebut, wanita ialah ketua, pendidik, kekasih dan pejuang.
Mereka menjalani kehidupan sepenuhnya tanpa mengorbankan identiti diri.
Fesyen bukan hanya penampilan tetapi satu cara menyatakan kekuatan dalaman dan nilai-nilai diri.
Pakaian itu juga sesuai untuk individu berjiwa kreatif dan tampil luar biasa daripada kelaziman.
Jenama avant-garde dari Jepun, Issey Miyake pula menyuntik elemen seni dalam rekaan pelapik bahu.
Bahagian bahu pada blaus direka dengan potongan lembut dan sedikit jatuh dengan menghasilkan siluet yang unik dan artistik.
Pakaian itu juga sesuai untuk individu berjiwa kreatif dan tampil luar biasa daripada kelaziman.
Dalam koleksi terakhir sebelum meninggalkan jawatan sebagai Pengarah Kreatif, Donatella Versace untuk menyandang jawatan Duta Ketua Jenama, mempersembahkan gaya dramatik dan penuh keyakinan.
Rekaan blaus hitam berlengan panjang dengan pelapik bahu lebar dihiasi manik dan simbol Medusa, disepadankan bersama jeans koyak untuk tampil istimewa.
Saint Laurent pula mengetengahkan jaket brocade dengan bahu tajam dipadankan dengan renda, skirt beropol yang merujuk kepada keanggunan era 1980-an, namun tetap relevan dengan cita rasa masa kini.
Valentino menyampaikan sisi elegan dan profesional menerusi kelabu dengan potongan bahu berstruktur.
Penambahan reben belang dan tali pinggang kulit dengan logo 'V' menambahkan sentuhan feminin yang seimbang dan sofistikated.
Jenama Sandro dari Perancis turut menampilkan blazer berkotak dengan bahu terserlah, namun diimbangi dengan gaya feminin seperti kerongsang emas dan skirt pendek.
Hasilnya adalah penampilan yang seimbang iaitu chic dan moden. — The Star/DAZ MANAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram