[VIDEO] Masih lincah pada usia 55 tahun, sut 'pink', persembahan energetik JLo gamat suasana GP Arab Saudi


  • Relaks
  • Rabu, 30 Apr 2025

Jennifer Lopez kembali mencuri perhatian apabila membuat persembahan memukau di Grand Prix F1 Arab Saudi baru-baru ini.

BINTANG pop terkenal, Jennifer Lopez kembali mencuri perhatian apabila membuat persembahan memukau di Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Arab Saudi baru-baru ini.

Acara yang berlangsung di Litar Jeddah Corniche itu menyaksikan kehadiran ramai selebriti dan tokoh terkenal dunia sukan permotoran, namun kehadiran Lopez paling menjadi tumpuan utama.

Penyanyi dan pelakon berusia 55 tahun itu dilaporkan menerima bayaran lumayan sebanyak RM34.7 juta (AS$8 juta) untuk persembahan tersebut.

BACA LAGI: Cantik dari dapur, brokoli dan bawang miliki manfaat cantikkan rambut, elak gugur

BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis

Dalam persembahan energik itu, Lopez atau popular dengan nama JLo membawakan lagu-lagu hit kegemaran ramai sambil menggamatkan suasana dengan rentak tari yang bertenaga.

Turut menarik perhatian, Lopez dilihat mesra dengan pelumba Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton sewaktu berada di kawasan paddock.

Beliau juga sempat bergambar bersama pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

Sebagai tetamu kehormat Ferrari, Lopez tampil bergaya dalam pakaian catsuit berwarna merah jambu terang dipadankan dengan cermin mata hitam sedondon.

Penampilannya yang berani itu menjadi sorotan di media sosial selepas beliau memuat naik gambar-gambar di Instagram dengan kapsyen, 'A little Formula 1 sparkle.'

Konsert pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran artis antarabangsa seperti Usher, Major Lazer, Peggy Gou dan PartyNextDoor.

Tidak hanya itu, barisan artis Asia Barat seperti Marwan Pablo, Hisham Abbas, Mostafa Amar, Hamid El-Shaeri dan Tul8te turut membuat penampilan istimewa

Ini merupakan penampilan F1 pertama Lopez sejak kali terakhir beliau membuat persembahan di Grand Prix Singapura pada 2014.

Tahun lepas, beliau juga pernah menghiburkan penonton di Arab Saudi semasa acara fesyen khas sempena Riyadh Season.

Mengakhiri persembahan dengan penuh gaya, Lopez mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pihak penganjur menerusi satu lagi hantaran media sosial.

“Terima kasih @F1 Saudi Arabian Grand Prix di Jeddah atas malam yang tidak dapat dilupakan… tak sabar untuk jumpa anda semua musim panas ini!," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram