'Biar sederhana, janji ada simpanan selepas kahwin,' warganet respons isu majlis kahwin Malaysia telan kos tertinggi di ASEAN


  • Relaks
  • Rabu, 30 Apr 2025

Majlis perkahwinan di Malaysia merupakan antara yang paling mahal diĀ ASEAN.

PERKAHWINAN sepatutnya menjadi permulaan indah bagi pasangan yang ingin membina hidup bersama. 

Namun realitinya di Malaysia, kerana yang melambung tinggi untuk mengadakan majlis perkahwinan menjadi beban besar bagi ramai pasangan muda.

Satu laporan sebelum ini mendedahkan bahawa majlis perkahwinan di Malaysia merupakan antara yang paling mahal di ASEAN, dengan purata kos mencecah antara RM50,000 hingga RM200,000. 

BACA LAGI:  Cantik dari dapur, brokoli dan bawang mempunyai manfaat cantikkan rambut, elak gugur

BACA LAGI:  Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis

Pasangan cenderung memilih lokasi eksklusif dan katering bertaraf lima bintang.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding pendapatan majoriti isi rumah di negara ini.

Lebih menarik, satu kajian turut menunjukkan bahawa pasangan dari latar belakang berbeza mempunyai keutamaan berbeza dalam membelanjakan wang untuk majlis mereka. 

Cina cenderung memilih lokasi eksklusif dan katering bertaraf lima bintang, manakala pasangan Melayu dan India pula lebih memberi tumpuan kepada aspek hiasan, pelamin dan jemputan.

Di laman Thread, topik itu menjadi tular apabila ramai netizen tampil berkongsi pendapat mereka. 

"Semoga majlis kahwin aku tak mahal sampai RM50,000! Biarlah majlis tidak mewah, asal berkat dengan tak terbeban esok hari," kata Mnijammm .

Pengguna lain, Zafreezaharidan pula menekankan kepentingan perancangan kewangan selepas berkahwin.

"Saya secara peribadi lebih suka  pakai duit untuk perkara yang lebih penting selepas kahwin macam rumah, isinya, insurans dan simpanan kecemasan," katanya. 

Sementara itu, Vfxnxvxdvlxnv pula beranggapan perlunya menabung daripada sekarang walaupun belum mempunyai calon kerana akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Good luck semua team bujang atau dalam perancangan nak kahwin. Nasihat saya, walaupun tak ada calon, menabunglah macam ada calon," katanya. 

Pengguna lain,  El Gallo343 pula menganggap realiti semasa menunjukkan ketidakseimbangan yang ketara.

"Kerajaan kata hanya 10 peratus penduduk Malaysia pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan atau lebih. Tetapi purata hantaran RM50,000 hingga RM100,000. The math isn't mathing.

Seorang lagi pengguna, Rahsia Cinta Sejati mengajak orang ramai kembali kepada asas perkahwinan yang ditetapkan dalam Islam. 

"Ramai pasangan terperangkap dengan trend kahwin mewah. Tapi ramai tak sedar yang kos tinggi tu kadang jadi punca stres awal dalam rumah tangga.

"Majlis kahwin cuma sehari, tetapi hutang boleh bertahun-tahun," katanya. -  Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram