[VIDEO] 'Saya balik kerja pukul 5 petang setiap hari untuk makan malam bersama keluarga', seimbang status ibu, usahawan, tip bisnes Grede berjaya


  • Relaks
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Emma Grede dedah cara mampu bergelar usahawan berjaya.

SIAPA sangka, wanita di sebalik jenama-jenama besar seperti Good American dan SKIMS suatu ketika dahulu juga pernah berasa kagum melihat orang sekeliling.

Kini, beliau pula bergelar usahawan berjaya yang menjadi inspirasi kepada ramai golongan wanita di seluruh dunia. 

Wanita tersebut Emma Grede, seorang isteri, ibu dan yang paling penting manusia biasa yang memilih untuk percaya pada diri sendiri. 

BACA LAGI:  Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis

BACA LAGI:  Ketahui mengapa kita tidak dapat mengingati apa yang berlaku semasa bayi

Dalam satu perkongsian menerusi laman Instagram, Grede bercerita secara jujur ​​tentang perjalanan hidupnya sebagai usahawan.

1. Cari pelabur bawa nilai, bukan hanya wang

"Wang itu banyak. Tapi pelabur yang betul? Faham industri kita, boleh beri nasihat, pernah lalui jalan sama, perlu dicari," kata Grede.

Grede berkata, seseorang perlu melihat kepada pelabur yang boleh membantunya berkembang dan bukan hanya individu yang mahu melabur tanpa sebarang peduli.

"Apabila mencari pelabur, jangan terus lihat pada angka. Tanya juga apa idea atau sudut pandang yang mereka boleh bawa untuk membantu saya berkembang?," katanya. 

2. Jangan biar rasa takut halang diri

Grede juga berkata, beliau percaya bahawa rasa takut adalah perkara biasa terutama bagi wanita yang baru sahaja mula berniaga.

"Saya pun pernah rasa takut, tetapi tak biarkan rasa itu hentikan saya. Saya percaya dengan apa yang nak dicapai," katanya. 

Beliau turut berpegang dengan kata-kata ibu, "kamu tak lebih baik daripada orang lain, tetapi tiada siapa yang lebih baik daripada kamu."

3. Seimbang hidup cara sendiri

Sebagai seorang ibu dan pemimpin syarikat, beliau sentiasa mengutamakan keseimbangan hidup.

"Saya balik kerja pukul 5 petang setiap hari untuk makan malam bersama keluarga. Tetapi saya tak buat semua perkara sebagai ibu, dan tak rasa bersalah pun," katanya. 

Baginya ​​​​setiap wanita berhak memilih apa yang penting untuk diri dan tidak perlu rasa bersalah jika pilihan berbeza.

4. Penting jaga diri

"Kita selalu utamakan orang lain. Tetapi sebenarnya, kena belajar untuk jaga diri sendiri dulu," katanya. 

Grede percaya bahawa menjadi selfish bukan perkara buruk. Sebaliknya, perlu supaya boleh terus maju dan capai impian.

 5. Fokus bisnes kukuh, bukan sekadar nampak hebat

Satu pengajaran besar buat Grede ketika membina Good American apabila beliau mendengar dua nasihat berbeza iaitu satu menyuruh berbelanja besar untuk mengejar growth dan satu lagi mendorong fokus pada keuntungan.

"Saya pilih untuk dengar nasihat orang lama kerana apabila keadaan ekonomi tak menentu, yang survive ialah bisnes kukuh dan kewangan terurus," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  TwitterFacebook ,  InstagramWhatsApp Channel  dan  Telegram