Usia lebih 40 tetapi nampak seakan awal 30-an? 5 eliksir awet muda untuk melewatkan penuaan


  • Relaks
  • Selasa, 29 Apr 2025

Inovasi teknologi kecantikan telah menjadikan wanita hari ini tampak jauh muda dari usia sebenarnya. - Gambar hiasan

Meskipun usia semakin meningkat, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk berhenti menjaga kulit wajah.

Dalam dunia kecantikan hari ini, penjagaan kulit wajah untuk terus kelihatan muda remaja bukan lagi sesuatu yang mustahil. Eliksir awat muda mampu melewatkan proses penuaan. 

Tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kulit kusam dan kehilangan keanjalan boleh muncul lebih awal jika tidak dirawat dengan baik.

Mahu cantik tidak perlu tunggu hingga esok. Mula hari ini dengan produk yang betul. Majoriti menyarankan lima produk penjagaan kulit mewah yang bernilai untuk pelaburan jangka panjang.

1. Shiseido Ultimune

Jenama terkenal dari Jepun ini baru-baru ini melancarkan Ultimune Power Infusing Serum, produk yang dikatakan mampu melawan tanda-tanda awal penuaan. Serum ini membantu memperlahankan proses penuaan kulit sehingga lebih 50 peratus melalui penjagaan asas yang menyeluruh.

Produk ini ditawarkan pada harga antara RM335 untuk size 30 milimeter (ml) hingga RM640 bagi botol 75ml. Selain penjagaan wajah, Shiseido juga menghasilkan produk untuk rambut, kosmetik dan wangian.

2. Lancôme Génifique Ultimate

Sebagai sebahagian daripada rangkaian kosmetik mewah L’Oréal, Lancôme telah memperkenalkan New Génifique Ultimate Serum, lanjutan daripada kejayaan serum asalnya yang sudah lebih 15 tahun di pasaran.

Serum ini diformulasi dengan Beta-Glucan-CM yang diperkaya dengan 90 trilion molekul Beta-Glucan dalam setiap titisan — membantu memperkukuh dan memperbaharui kulit secara mendalam. Ia boleh didapati pada harga RM395 (30ml) hingga RM950 (115ml).

3. La Mer Rejuvenating Night Cream

Jenama mewah dari Perancis ini memperkenalkan Rejuvenating Night Cream, krim malam yang bukan sahaja melembapkan kulit, malah mengurangkan kemerahan dan melindungi daripada kerosakan persekitaran.

Diperkaya dengan ramuan eksklusif Miracle Broth, krim ini memberikan pengalaman mewah dengan tekstur kaya yang mencair di kulit, menjadikan kulit terasa lebih lembut, anjal dan berseri.

4. Estée Lauder Eye Crème

Estée Lauder telah melancarkan Re-Nutriv Ultimate Diamond Age Reversal Eye Crème, krim mata berprestij yang diformulasikan khas untuk kulit halus di sekitar mata.

Krim ini membantu menegangkan, melicinkan serta mengurangkan penampilan garis-garis halus dengan penggunaan konsisten. Ia boleh didapati pada harga RM880 (15ml).

5. Augustinus Bader Rich Cream

Dicipta oleh saintis bioperubatan dari Jerman, The Rich Cream oleh Augustinus Bader menjadi kegemaran ramai selebriti kerana keberkesanannya dalam menjadikan kulit lebih tegang, cerah dan halus.

Dilancarkan pada tahun 2018 bersama produk asalnya The Cream, kini jenama ini telah berkembang dengan lebih 35 produk merangkumi penjagaan kulit, rambut, badan dan juga suplemen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram